Senarai ATM Maybank Duit Raya 2024

Senarai ATM Maybank 2023 Dengan Pengeluaran Duit Raya RM10 Dan RM50

Pihak Maybank sekali lagi pada tahun ini akan menceriakan hari raya anda apabila mereka telah mengumumkan menyediakan beberapa mesin ATM yang menyediakan duit raya baru RM10 dan RM50 di beberapa lokasi terpilih.

Hari Raya Aidilfitri pastinya perayaan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam termasuk di Malaysia. Pelbagai persiapan akan dibuat sebelum tiba hari raya dan antaranya adalah menyediakan Duit Raya untuk keluarga, saudara dan kawan-kawan.

Ini sudah menjadi adat, sekiranya kita ingin hulurkan duit raya, kita akan bagi duit baru yang mana ianya masih cantik lagi. Tetapi bukanlah bermakna duit helaian yang lama tidak laku atau susut nilai, tetapi hanya sekadar sebagai menaikkan mood raya tersebut sahaja.

Jadi kebiasaanya, orang ramai akan datang ke mana-mana cawangan bank untuk proses pertukaran duit raya yang baru. Tetapi bilangannya adalah terhad. Lebih kepada first come, first serve. Jadi alternatif lain untuk dapatkan duit atau note baru adalah menerusi mesin ATM khas yang menyediakan pengeluaran 'duit raya' tersebut.

Disebabkan itulah, pihak Maybank juga menyediakan perkhidmatan ini khusus untuk pelanggan mereka ingin dapatkan duit baru. Walaupun begitu, mereka hanya hadkan pengeluaran untuk duit RM10 dan RM50 sahaja.

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM Maybank

Penukaran duit raya di mesin ATM ini adalah untuk pengguna Maybank sahaja. Sekiranya anda bukan pengguna Maybank, anda boleh juga tukar di mesin ATM seperti Ambank, Affin Bank, CIMB dan sebagainya.

  1. Anda pergi ke mana-mana lokasi dan cawangan Maybank yang terpilih
  2. Pilih mesin ATM yang ada gambar tertera 'dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini'
  3. Kemudian anda buat pengeluaran seperti biasa. Duit baru serba wangi akan keluar daripada mesin atm tersebut.

Ingat, jumlah maksium adalah RM300.

Senarai Lokasi Mesin ATM Maybank Menyediakan Duit Raya Untuk Tahun 2024

Sekiranya anda berhajat untuk tukar duit raya di mesin ATM Maybank, anda boleh lihat senarai lokasi yang terpilih seperti dibawah iaitu bermula 1 hingga 9 April 2024

Negeri Lokasi Duit
Kuala Lumpur Bangsar baru RM10
Kuala Lumpur Desa Pandan RM10
Kuala Lumpur KL Main RM10 & RM50
Kuala Lumpur KLCC RM10
Kuala Lumpur TTDI RM50
Johor Bandar Baru Uda RM10 & RM50
Johor Jalan Genuang Segamat RM50
Johor Jalan Tebrau RM50
Johor Jalan Zabedah Batu Pahat RM10 & RM50
Johor Johor Bharu Main RM10 & RM50
Johor Kulai RM10
Johor Masai RM10
Johor Muar RM50
Johor Nusa Bestari RM10 & RM50
Johor Taman Johor Jaya RM10
Johor Taman University RM10 & RM50
Johor Tampoi RM50
Kedah Alor Setar RM10
Kedah Kulim RM10
Kedah Lagenda Heights RM50
Kedah Mergong RM50
Kedah Sungai Petani RM10
Kelantan Kota Bharu RM10
Kelantan Kubang Kerian RM10 & RM50
Melaka Ayer Keroh RM50
Melaka Malacca Main RM10
N. Sembilan Nilai RM50
N. Sembilan Senawang RM10
N. Sembilan Seremban RM50
Pahang Bukit Ubi RM50
Pahang Jalan Beserah RM10
Pahang Kuantan Main RM10
Pahang Taman Tas RM10
Penang Bukit Mertajam RM50
Penang Jelutong RM50
Penang Juru RM50
Penang MIB Bayan Baru RM50
Penang Penang Main RM50
Penang Penang Road RM10 & RM50
Penang Prai Ind. Estate RM10
Perak Ipoh Garden RM10
Perak J. S. Idris Shah RM10
Perak Jelapang RM50
Perak Kamunting RM50
Perak Kuala Kangsar RM10 & RM50
Perak MIB Gunung Rapat RM10
Perak Sitiawan RM50
Perak Taiping RM10
Perak Tanjing Malim RM10
Perlis AFC Kangar RM10
Sabah Alamesra RM50
Sabah Inanam RM10
Sabah Jalan Perpaduan RM10
Sabah Karamunsing RM50
Sabah Lintas Comm Square RM50
Sabah Putatan RM10
Sarawak Kota Sentosa RM10 & RM50
Sarawak Kuching Main RM10 & RM50
Sarawak Kuching Selatan RM50
Sarawak Wisma Satok RM10 & RM50
Selangor Bandar Baru Bangi RM50
Selangor Bandar Bukit Tinggi RM50
Selangor Cheraas Selatan RM10
Selangor Giza Kota Damansara RM50
Selangor Kajang RM10
Selangor Kota Kemunting RM50
Selangor Puchong Prima RM10
Selangor Putrajaya RM50
Selangor Rawang RM10
Selangor Section 20, Shah Alam RM10
Selangor Subang Jaya RM10
Selangor Sungai Buloh RM10
Selangor Sg. Long RM50
Selangor Taman Melawati RM50
Selangor Taman Sri Gombak RM10
Terengganu Kuala Terengganu RM10 & RM50

Jadi boleh dapatkan sekarang di lokasi mesin ATM Maybank yang terpilih seperti diatas sebelum habis. Ianya juga lokasi atm maybank berdekatan dengan anda. Senarai ini sama seperti yang dikeluarkan oleh Maybank Malaysia


Post a Comment

Previous Post Next Post