Aida Jebat, Betta Fish Juara The Masked Singer Malaysia Musim Ketiga

Aida Jebat juara The Masked Singer Malaysia 3 tahun 2023

Misteri pemilik suara akhirnya terbongkar apabila penyanyi Aida Jebat yang memakai kostum Betta Fish diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim ketiga dalam pentas final tersebut.

Setiap peserta perlu menyanyi dua lagu iaitu solo dan duet. Pasangan duet iaitu Betta Fish berduet bersama Marsha Milan, Pizza Panas berduet bersama  Amir Masdi, Dewi Angsa bersama Sophia Liana, Nyoq Muda nyanyi bersama Idris Brown dan terakhir Brokoli berduet bersama Ernie Zakri.

Aida Jebat mendapat markah tertinggi daripada pihak juri selepas membuat dua persembahan iaitu lagu Titanium untuk segmen solo dan Salam Terakhir untuk segmen duet bersama Marsha Milan.

Sementara itu, suami kepada salah seorang pasangan duet Ernie Zakri iaitu Syamel yang memakai topeng Nyok Muda pula menduduki tempat kedua.

Manakala, juara Big Stage musim kedua iaitu Han-Byul yang memakai kostum Pizza Panas berpuas hati memenangi tempat ketiga.

Penyanyi kelahiran Sabah, Mimi Fly yang memakai kostum Dewi Angsa menduduki tempat keempat, manakala Hael Husaini (Brokoli) di tempat kelima.

Musim kali ini nampaknya lebih hebat apabila kesemua juri berjaya meneka dengan betul siapa disebalik topeng pada malam final tersebut.

Kesemua persembahan peserta pada malam itu diadili oleh 8 orang juri tambah seorang iaitu Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero, Misha Omar dan Ella.

Sembilan selebriti dan ahli sukan telah tersingkir pada minggu sebelum ini terdiri daripada Datuk Leong Mun Yee (Lollipop), Dato Malek Noor (Abang Burger), Liza Abdullah (Kurita) dan Dato' Jalaluddin Hassan (Manggis).

Selain itu, Norman Hakim (Zirafah), Amsyar Lee (Si Tangkis), Ajai (Mr Parrot), Zizi Kirana (Bertih Jagung) dan peserta terakhir tersingkir ialah Idayu AF (Mawar Berduri).

Rancangan The Masked Singer Malaysia 3 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini telah bersiaran selama 11 minggu dengan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107 dan Astro Go.

Post a Comment

Previous Post Next Post