Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) - Isi Rumah, Bujang Dan Cara Mohon

Jumlah Dan Nilai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datu Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan jumlah sebenar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bakal diterima oleh setiap rakyat yang layak dalam pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani.

Umum sedia maklum, sebelum perbelanjaan ini juga, pembayaran untuk Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah telah pun dibuat iaitu pada Januari yang lalu. Mereka menerima sama ada terus dikreditkan ke dalam akaun bank atau membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ketika itu kita masih belum jelas berpakah nilai sebenar yang bakal diterima oleh penerima STR kerana baru sahaja Fasa 1 yang diumumkan. Kadar untuk yang pertama ini adalah RM300 untuk Isi Rumah dan RM100 untuk warga emas tiada pasangan dan bujang.

Jadi menerusi pembentangan Belanjawan 2023 seperti yang diumumkan akan menyalurkan sumbangan tunai khusus untuk golongan B40 dengan jumlah sehingga maksimum sehingga RM3,100 mengikut kategori, bilangan anak dan had umur penerima.

Seperti yang diumumkan untuk golongan isi rumah adalah mengikut bilangan anak. Manakala bujang adalah mengikut had umur iaitu warga emas sebatang kara dan bujang berumur 60 tahun kebawah.

Kali ini ada penambahan khusus untuk penerima isi rumah miskin tegar dimana golongan ini akan menerima RM600 tambahan yang mana ianya disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucer untuk barangan makanan asas.

Secara mudahnya, jika dia adalah penerima dalam golongan Isi Rumah dengan gaji kurang RM2,500 dan mempunyai anak 5 atau lebih serta golongan miskin tegar, keluarga ini akan menerima bantuan tunai RM2,500 serta tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan jumlah keseluruhan adalah RM3,100.

Berikut merupakan jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2023 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023

Jumlah Dan Nilai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Dalam masa yang sama juga, kerajaan mengumumkan penawaran kredit e-Tunai Belia Rahmah dengan jumlah RM200 setiap seorang. Ianya bakal dimanfaatkan kepada 200 juta orang belia berumur 18 hingga 20 tahun.

Cara Daftar Dan Mohon Baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Untuk tahun 2023

Bagi yang belum pernah menerima apa-apa bantuan tunai sebelum ini sama ada BR1M, BSH, BPR, BKM atau yang terbaru STR ini tetapi merasakan layak, anda kini boleh daftar dan membuat permohonan baru.

Permohonan baru boleh dibuat mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023 sama ada secara online mahupun secara manual dengan hadir ke cawangan LHDNM untuk pendaftaran kali pertama. Dalam tempoh ini juga, orang ramai boleh buat kemaskini terbaru sekiranya ada perubahan maklumat.

#1 - Permohonan Secara Dalam Talina (Online)

Permohonan baru boleh dibuat secara online menerusi laman web di www.bantuantunai.hasil.gov.my. Anda boleh terus buat pendaftara serta sediakan file berkaitan dan hantar.

Cara Mohon Baru Sumbangan Tunai Rahmah, STR Tahun 2023

#2 - Permohonan Secara Manual/Fizikal

Jika anda merasakan permohonan online susah, jangan risau anda boleh mohon atau kemaskini maklumat STR secara manual mulai 8 Mac hingga 31 Mac 2023 dimana-mana cawangan yang ditetapkan seperti dibawah:

  • Pejabat LHDNM
  • Pejabat Satelit (PS) LHDNM
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Disana, anda hanya perlu mengisi borang dan mengemukakan Borang Permohonan STR. Selepas buat permohonan, barulah akan dipertimbangkan selepas itu.

Selasa Fasa 1, buat masa ini tiada lagi tarikh yang ditetapkan untuk bayaran Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Diharapkan sumbangan tunai ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian bagi mendapatkan barangan asas untuk diri dan keluarga yang betul-betul memerlukan ketika ekonomi yang kini tidak menentu disamping harga barang yang meningkat.

Semoga bermanfaat kepada mereka yang ingin memohon STR dan juga mereka yang ketahui berapa jumlah yang bakal diperoleh untuk sumbangan tunai ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post