Cara Tonton Drama Serpihan Sayang Online Secara Percuma Di iQIYI

Cara Tonton Drama Serpihan Sayang Online Secara Percuma

Drama Serpihan Sayang kini sedang ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda pada pukul 10.00 malam. Selain di kaca tv, sebenarnya anda juga boleh tonton drama ini secara online dengan percuma sahaja.

Mungkin bagi anda yang tidak sempat untuk saksikan drama ini di tv, anda juga boleh strim secara online menerusi platform iQIYI sama ada di website www.iq.com atau boleh download aplikasi di Play Store atau App Store secara percuma.

Drama yang bersiaran sebanyak 15 episod ini akan ditayangkan di penstriman iQIYI sejurus selepas habis tayangan di TV3 atau pada pukul 11.00 malam pada hari yang sama.

Walaupun begitu, akses awal ini hanya untuk pengguna VIP sahaja dimana anda perlu langgan dengan harga bermula RM11.90 sebulan atau RM119.90 untuk setahun. TAPI JANGAN RISAU...

Cara Tonton Drama Serpihan Sayang Online Secara Percuma

Anda juga boleh saksikan drama Serpihan Sayang yang menampilkan gandingan Fasha Sandha, Aerill Zafrel, Shahz Jaszle dan Elisya Sandha ini juga secara PERCUMA menerusi iQIYI.

Selepas 48 jam tayangan di TV3, iQIYI akan lepaskan tontonan drama ini secara percuma kepada semua orang. Sebagai contoh, jika hari ini ditayangkan episod 1 di TV3, dua hari selepas itu, anda boleh tonton episod 1 tersebut secara percuma di penstriman iQIYI tanpa apa-apa bayaran dan langganan.

Dengan pilihan ini, anda boleh menonton mengikut masa anda mengikut waktu yang sesuai. Di IQIYI, anda boleh tonton pada bila-bila masa sahaja selepas itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post