Siaran Langsung Piala FA 2023 Kedah vs Penang

Siaran Langsung Piala FA 2023 Kedah vs Penang

Saingan Piala FA 2023 kini bermula apabila mempertemukan dua buah pasukan iaitu Kedah Darul Aman FC dan Penang FC dalam pusingan pertama yang bakal berlangsung pada 8 Mac 2023, hari Rabu pada jam 9.00 malam bertempat di Stadium Darul Aman.

Musim kali ini sebanyak 20 pasukan yang layak dan mengambil bahagian dalam kejohanan berprestij ini dan mereka adalah terdiri daripada 14 pasukan Liga Super dan 6 daripada Liga M3.

Lapan pasukan daripada keseluruhan akan bermula dari pusingan pertama dengan melibatkan 4 perlawanan sahaja. Mereka adalah 4 pasukan Liga Super; Kedah, Penang, Sri Pahang dan Perak. Manakala 4 pasukan Liga M3 iaitu Manjung City FC, Sains FC, BRM FC dan Imigresen FC.

Untuk minggu ini (8 Mac) hanya melibatkan 2 perlawanan sahaja iaitu untuk keempat-empat pasukan Liga Super. Manakala 2 perlawanan lagi yang melibatkan pasukan Liga M3 akan berlangsung dalam 2 minggu lagi iaitu pada 25 Mac depan.

Kedah telah diundi untuk bermain dihalaman sendiri ketika berdepan Penang kali ini. Kesemua jadual Piala FA 2023 telah ditentukan bermula daripada pusingan awal, pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan final. Jadi pemenang bagi perlawanan ini akan bertemu Kuching City di pusingan 16.

Mampukah kedah mempergunakan kesempatan ini bagi meraih kemenangan ketika bermain di hadapan penyokong sendiri? Atau adakah bakal berlaku magis dimana Penang bakal mengecewakan pasukan tuan dan berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Pembelian Tiket Masuk Ke Stadium Untuk Piala FA 2023

Tiket masuk ke stadium bagi saingan Piala FA 2023 antara Kedah dan Penang telah pun dijual. Orang ramai kini boleh dapatkan tiket secara online dengan harga bermula RM18.60 untuk tiket terbuka dan RM38.14 untuk tiket grandstant menerusi laman web www.tickethotline.com.my

Selain itu, orang ramai juga boleh dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan dengan harga bermula RM15.00 sahaja.

Tayangan Siaran Langsung Kedah vs Penang Dalam Piala FA 2023

Perlawanan ini turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia di Arena Bola CH803 atau tontonan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh langgan Sooka dengan beli pas Liga Malaysia satu perlawanan berharga RM4.90 atau secara bulanan dengan harga RM28.90 dan boleh menonton sama ada di platform web atau aplikasi mobile.

Jadual Dan Keputusan Piala FA 2023 : Kedah vs Penang

Berikut merupakan jadual penuh meliputi waktu sepak mula, tarikh dan venue perlawanan serta saluran bagi tayangan secara langsung untuk perlawanan antara Kedah Darul Aman FC vs Penang FC. Keputusan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

8 Mac 2023 (Rabu)

AET : Kedah (2) vs (2) Penang (Penalti : 3-4)

  • Manuel Ott 9', 90'
  • Giovane Gomes 22'
  • Soony Saad 68'

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola CH803
Live Streaming : Astro Go, Sooka

*Penang FC berjaya mara ke pusinga 16 terbaik Piala FA 2023 bertemu Kuching City

Post a Comment

Previous Post Next Post