Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Terengganu Vs Rajpacha FC 2023

Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Terengganu Vs Rajpacha FC 2023

Perlawanan persahabatan pra musim (pre season friendly match) Terengganu FC 2023 di Thailand yang pertama adalah menentang kelab bola sepak Rajpracha FC berlangsung pada hari Rabu, 8 Februari 2023 di RBAC University Stadium.

Dalam Bangkok Tour 2023 ini, TFC akan mengharungi sebanyak empat perlawanan persabahatan kesemuanya iaitu melibatkan tiga pasukan daripada Liga Thailand dan satu pasukan daripada Liga Denmark.

Perlawanan ini dibuat bagi mempersiapkan skuad kendali Tomislav Steinbruckner selaku ketua jurulatih yang baru untuk mengharungi musim Liga Super 2023 termasuklah mencari piala pertama menerusi perlawanan sumbangsih pada 24 Februari ini.

Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Pra Musim Terengganu FC 2023 Di Bangkok

Perlawanan persahabatan dalam Bangkok Tour 2023 akan bermula dari 8 hingga 13 Februari 2023. Selain daripada perlawanan pertama ini, Terengganu akan berdepan dengan Bangkok FC, Chonburi FC dan wakil Liga Denmark iaitu Odense Boldklub FC.

BACA : Jadual Penuh Perlawanan Pra Musim Terengganu FC 2022 Di Bangkok

Khusus untuk peminat TFC, kesemua perlawanan ini tidak ditayangkan di Astro, RTM mahupun TV3. Tetapi akan dibawakan secara live streaming menerusi TCPLAY dengan yuran langganan RM7 sahaja sebulan atau RM60 untuk setahun.

Jadi bagi mereka yang ingin menonton perlawanan ini, anda boleh subscribe atau langgan sahaja di https://tfcplay.com/ dan boleh tonton menerusi saluran yang sah.

Ini adalah jadual perlawanan persahabatan Terengganu FC untuk perlawanan pertama. Keputusan akan dikemaskini selepas habis tempoh pemainan.

8 Februari 2023 (Rabu)

FT : Terengganu FC (1) - (1) Rajpracha FC

  • Zuasyraf Zulkiefle 49'
  • Ronnachai Rangsiyo 54'

Masa : 4.30 Petang
Venue : Stadium Universiti RBAC
Live Streaming : TFCPLAY

Post a Comment

Previous Post Next Post