Senarai Pemenang Famili Duo Musim Kedua 2022-2023

Senarai Pemenang Famili Duo Musim Kedua 2022-2023

Kini program realiti tv menampilkan pasangan selebriti bersama ahli keluarga sendiri, Famili Duo sudah sampai ke kumuncak apabila pentas akhir dibuka bagi mencari juara baru untuk musim kedua tahu 2022-2023.

Seramai 4 finalis daripada 7 duo yang berjaya mara ke peringkat akhir dan mereka kali ini membuat persembahan sebanyak 2 pusingan dimana tema pertama adalah AJL dan tema kedua adalah Bebas.

Senarai Pemenang FAMILI DUO 2022-2023

Juara : Zaki Yamani & Yamani Abdillah

Naib Juara : Ayda Jebat & Fyna Jebat

Tempat Ketiga - Bella Astillah & Wani Kayrie

Tempat Keempat - Sissy Iman & Naim Daniel

Adik-beradik yang juga merupakan anak kepada penyanyi legenda, Jamal Abdillah iaitu Yamani Abdillah dan Zaki Yamani dinobatkan sebagai juara Famili Duo 2022 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000

Naib Juara juga merupakan pasangan adik-beradik yang dikenali sebagai The Jebat's iaitu Ayda Jebat dan Fyna Jebat membawa pulang hadiah sebanyak RM20,000. Diikuti oleh duo yang mempunyai talian persaudaraan sepupu Bella Astillah dan Wani Kayrie untuk tempat ketiga dengan hadiah RM15,000

Manakala untuk tempat keempat juga pasangan sepupup iaitu Sissy Iman dan Naim Daniel dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Peserta-peserta akhir perlu memberi persembahan yang terbaik dihadapan juri tetap iaitu Mas Idayu dan Ajai yang mana mereka mewakili 80 peratus markah. Manakala 20 peratus adalah datang daripada undian online penonton.

Famili Duo yang telah berlangsung selama 8 minggu turut dimeriahkan lagi dengan pasangan hos Sean Lee dan Janna Nick setiap minggu.

Family Duo musim kedua telah mula ditayangkan pada Disember 2022 sehingga ke tahun 2023 dengan bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV3 sertai secara striming di watch.tonton.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post