Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Terengganu Vs Bangkok FC 2023

Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Terengganu Vs Bangkok FC 2023

Perlawanan kedua untuk pra musim Terengganu FC di Bangkok, Thailand ini adalah bertemu dengan kelab bola sepak Bangkok FC yang bakal berlangsung pada hari Khamis, 9 Februari 2023 di Stadiun Universiti RBAC.

Selepas mencatat keputusan seri untuk perlawanan pertama menentang Rajpracha FC, perlawanan diteruskan menentang kelab kedua. Selepas itu, akan mengharungi 2 lagi berbaki iaitu satu daripada Liga Thailand dan satu Liga Denmark.

Adakah lepas ini, pemain-pemain akan terus memberikan persembahan yang terbaik sekali gus membakar semangat untuk menghadapi musim terbaru Liga Super yang bakal bermula pada 24 Februari ini. Lagi pula Terengganu akan menghadapi perlawanan sumbangsih menentang JDT.

Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Pra Musim Terengganu FC 2023 Di Bangkok

Perlawanan persahabatan dalam Bangkok Tour 2023 telah pun bermula dari 8 Februari sehinggalah pada 13 Februari ini. Selain daripada Rajpracha FC dan Bangkok FC, Terengganu akan berdepan dengan Chonburi FC dan Odense Boldklub FC.

BACA : Jadual Penuh Perlawanan Pra Musim Terengganu FC 2022 Di Bangkok

Untuk peminat TFC, kesemua perlawanan ini tidak ditayangkan di Astro, RTM mahupun TV3. Tetapi akan dibawakan secara live streaming menerusi TCPLAY dengan yuran langganan RM7 sahaja sebulan atau RM60 untuk setahun.

Jadi bagi mereka yang ingin menonton perlawanan ini, anda boleh subscribe atau langgan sahaja di https://tfcplay.com/ dan boleh tonton menerusi saluran yang sah.

Ini adalah jadual perlawanan persahabatan Terengganu FC untuk perlawanan kedua menantang Bangkok FC. Keputusan akan dikemaskini selepas habis tempoh pemainan.

9 Februari 2023 (Khamis)

FT : Terengganu FC (2) - (0) Bangkok FC

  • Ivan Mamut 73'
  • Habib Haroon 76'

Masa : 5.00 Petang
Venue : Verso International School Stadium
Live Streaming : TFCPLAY

Post a Comment

Previous Post Next Post