Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Kedah FC Vs FC Nasaf 2023

Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Kedah FC  Vs FC Nasaf 2023

Perlawanan persahabatan pra musim (preseason friendly match) Kedah Darul Aman FC 2023 di Turki yang pertama adalah menentang kelab bola sepak FC Nasaf berlangsung pada hari Khamis, 9 Februari 2023 di S & B Sports Complex, Antalya.

Dalam Turkiye Tour 2023 ini, KDA FC akan mengharungi sebanyak empat perlawanan persahabatan kesemuanya iaitu melibatkan dua kelab daripada Liga Kazakhstan dan satu masing-masing daripada Liga Uzbekistan dan Ukranian.

Perlawanan ini dibuat pastinya ingin mempersiapkan skuad kendali Nafuzi Zain selau ketua jurulatih yang baru untuk mengharungi musim Liga Super 2023 yang akan datang sekali gus mencari trofi untuk pasukannya.

Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Pra Musim Kedah FC 2023 Di Turki

Perlawanan persahabatan dalam Turkiye Tour 2023 akan bermula dari 9 hingga 14 Februari 2023. Selain daripada perlawanan pertama ini, Kedah akan berdepan dengan FC Shahkter Karagandy, FC Maktaaral dan FC Metalist Kharkiv.

Khusus untuk peminat KDA FC, walaupun kesemua perlawanan ini tidak akan ditayangkan di Astro, RTM mahupun TV3. Tetapi akan dibawakan secara live streaming menerusi KDATV dengan harga RM15.00 untuk satu perlawanan atau beli secara bundle (4 perlawanan) dengan harga jimat iaitu RM50.00 sahaja.

Jadi bagi mereka yang ingin menonton perlawanan ini, anda boleh beli pass di laman web kdatv.kedahdarulamanfc.com dan boleh tonton aksi bola sepak daripada pasukan kesayangan anda menerusi saluran yang sah.

Ini adalah jadual perlawanan persahabatan Kedah Darul Aman FC untuk perlawanan pertama. Keputusan akan dikemaskini selepas habis tempoh permainan.

9 Februari 2023 (Khamis)

FT : Kedah Darul Aman FC (1) - (2) FC Nasaf

  • Willian Lira 58'
  • Khusain Norchaev 80'
  • Khusain Norchaev 83' (P)

Masa : 9.00 Malam (Malaysia)
Venue : S & B Sports Complex, Antalya
Live Streaming : KDATV
Wakil : Uzbekistan Super League


Post a Comment

Previous Post Next Post