Siaran Langsung Kedah Vs Metalist Kharkiv Perlawanan Pra Musim 2023

Siaran Langsung Kedah Vs Metalist Kharkiv Perlawanan Pra Musim 2023

Kedah Darul Aman FC akan bertemu FC Metalist Kharkiv untuk perlawanan terakhir bagi pra musim 2023 di Turki yang mana ianya bakal berlangsung pada hari Selasa, 14 Februari 2023 di Ekodizyan, Antalya.

Setakat ini, KDA FC belum mencatat apa-apa kemenangan untuk 3 perlawanan sebelumnya. Tewas pada FC Nasaf dengan jaringan 1-2. Kemudian tewas di tangan FC Shakhter Karagandy dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Dua hari sebelum ini, tewas juga pada FC Maktaaral dengan jaringan 2 gol berbalas 1.

Adakah perlawanan terakhir berdepan dengan wakil daripada Ukranian Premier League, FC Metalist Kharkiv, Kedah mampu mencatat kemenangan sulung sebelum pulang ke tanah air bagi mengharungi musim terbaru Liga Malaysia.

Live Perlawanan Pra Musim Kedah FC 2023 Di Turki

Perlawanan pertama bagi pra musim untuk Kedah Darul Aman FC dalam Jelajah Turki 2023 telah bermula sejak 9 Februari dan bakal berakhir pada 14 Februari 2023 ini.

Khusus untuk peminat KDA FC, walaupun kesemua perlawanan ini tidak akan ditayangkan di Astro, RTM mahupun TV3. Tetapi akan dibawakan secara live streaming menerusi KDATV dengan harga RM15.00 untuk satu perlawanan atau beli secara bundle (4 perlawanan) dengan harga jimat iaitu RM50.00 sahaja.

Jadi bagi mereka yang ingin menonton perlawanan ini, anda boleh beli pass di laman web kdatv.kedahdarulamanfc.com dan boleh tonton aksi bola sepak daripada pasukan kesayangan anda menerusi saluran yang sah.

Ini adalah jadual perlawanan persahabatan Kedah Darul Aman FC untuk perlawanan keempat. Keputusan akan dikemaskini selepas habis tempoh permainan.

14 Februari 2023 (Selasa)

FT : Kedah Darul Aman FC (0) - (2) FC Metalist Kharkiv

  • Dmytro Kravchenko 28'
  • Andriy Boryachuk 61'

Masa : 11.30 Malam (Malaysia)
Venue : Ecodizayn, Antalya
Live Streaming : KDATV
Wakil : Ukranian Premier League

Post a Comment

Previous Post Next Post