Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Kedah Vs Shakhter Karagandy 2023

Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Kedah Vs Shakhter Karagandy 2023

Kedah Darul Aman FC akan bertemu FC Shakhter Karagandy untuk perlawanan kedua bagi pra musim 2023 di Turki yang mana bakal berlangsung pada hari Jumaat, 10 Februari 2023 di Limak Sports Center.

Pada perlawanan pertama, Kedah tewas tipis 2-1 apabila berdepan dengan bekas juara AFC Cup iaitu FC Nasaf dimana gol tunggal pasukan KDA FC dijaringkan oleh Willian Lira sebelum dihukum dengan 2 gol kemenangan pihak lawan.

Perlawanan ini adalah bagi persiapan pasukan hijau kuning untuk menghadapi musim baru Liga Super yang pastinya lebih sukar kerana bilangan penyertaan kini menjadi 14 pasukan kesemuanya berbanding 12 pada musim-musim sebelumnya.

Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Pra Musim Kedah FC 2023 Di Turki.

Perlawanan persahabatan dalam Turkiye Tour 2023 akan bermula dari 9 hingga 14 Februari 2023. Selain daripada perlawanan pertama kedua ini, Kedah akan berdepan dengan FC Maktaaral dan FC Metalist Kharkiv.

Khusus untuk peminat KDA FC, walaupun kesemua perlawanan ini tidak akan ditayangkan di Astro, RTM mahupun TV3. Tetapi akan dibawakan secara live streaming menerusi KDATV dengan harga RM15.00 untuk satu perlawanan atau beli secara bundle (4 perlawanan) dengan harga jimat iaitu RM50.00 sahaja.

Jadi bagi mereka yang ingin menonton perlawanan ini, anda boleh beli pass di laman web kdatv.kedahdarulamanfc.com dan boleh tonton aksi bola sepak daripada pasukan kesayangan anda menerusi saluran yang sah.

Ini adalah jadual perlawanan persahabatan Kedah Darul Aman FC untuk perlawanan kedua. Keputusan akan dikemaskini selepas habis tempoh permainan.

10 Februari 2023 (Jumaat)

FT : Kedah Darul Aman FC (0) - (2) FC Shakhter Karagandy


Masa : 10.30 Malam (Malaysia)
Venue : Miracles Fields, Antalya
Live Streaming : KDATV
Wakil : Kazakhstan Premier League

Post a Comment

Previous Post Next Post