Tahniah Khairul Pemenang All Together Now Malaysia Musim Kedua 2022-2023

Tahniah Khairul Pemenang All Together Now Malaysia Musim Kedua 2022-2023

Tahniah kepada peserta Khairul Nizam dinobatkan sebagai juara All Together Now Malaysia (ATNM) musim kedua tahun 2022-2023 mengalahkan 15 peserta finale yang lain. Beliau telah mengalahkan 2 lagi peserta dalam pusingan sing-off iaitu Lazarul dan Jasper.

All Together Now Malaysia (ATNM) telah sampai ke peringkat akhir bagi mencari juara musim kedua dalam program realiviti tv Astro untuk untuk tahun 2022-2023.

Seramai 16 peserta telah berjaya ke peringkat akhir ATNM daripada 200 lebih peserta yang hadir pada peringkat awal sebelum ini yang telah bersiaran selama 8 minggu.

Kini untuk minggu kesembilan, 2 peserta dengan markah tertinggi sebelum-sebelum ini berentap sekali lagi dipentas yang sama bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.

Inilah keunikan All Together Now yang merupakan pertandingan diinspirasikan daripada United Kingdom ini dimana barisan peserta diadili oleh 50 orang juri bagi mendapatkan markah setinggi yang boleh atau maksima 100 markah. 2 markah mewakili bagi setiap juri.

Sherry Al-Hadad sekali lagi bertindak sebagai hos utama, manakala Datuk Syafinaz kini menjadi kapten juri yang juga menjadi penentu bagi memilih peserta yang layak ke minggu akhir sekiranya markah mereka sama.

Antara 50 juri lain yang terlibat seperti Ajai, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Elly Mazlein, Reshmonu, Rozita Che Wan, Joey Daud, Maryam, Shila Amzah, Tomok, AG Coco, Ayie Elham, Liza Hanim, Bunga, Danial Zaini, Kelly Azman,Shashic dan ramai lagi.

All Together Now Malaysia musim kedua telah berlangsung selama 9 minggu yang disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.

Post a Comment

Previous Post Next Post