Jadual Ceramah Ustaz Wadi Annuar Januari 2023

Jadual Ceramah Ustaz Wadi Annuar Januari 2023

Setiap awal bulan, penceramah bebas Ustaz Wadi Annuar akan kongsikan lokasi ceramah beliau untuk orang ramai sama ada di masjid atau mana-mana lokasi yang diundang di seluruh Malaysia. Untuk bulan Januari 2023, UWA telah kongsikan tarikh-tarikh ceramah beliau seperti dibawah.

Selain dikenali sebagai ustaz dan pendakwah di lapangan, Ustaz Wadi Annuar kini cukup dikenali secara online sama ada menerusi laman youtube atau tiktok sekali pun dengan kandungan video ceramah yang tentang islam.

Antara ceramah yang kini mendapat perhatian ramai adalah tentang akhir zaman, tentang akhir dan juga sirah Rasullah SAW. Orang ramai lebih menggemari bagaimana penyamapai yang dilakukan iaitu dengan jelas dan pastinya isi yang disampaikan lebih mudah faham kepada orang ramai.

Ustaz Wadi Annuar kerap kali menjadi ustaz jemputan dalam rancangan televisyen di Malaysia dan juga jemputan ceramah di luar negara. Kita biasa lihat beliau dalam program Al-Kuliyyah dan juga beberapa siri ceramah tentang Akhir Zaman di saluran Astro dan TV Al-Hijrah.

Jadual Ceramah Ustaz Wadi Annuar Bulan Januari 2023

Jadi untuk anda yang ingin dengar sendiri ceramah beliau secara langsung, anda boleh ikuti dimana-mana lokasi seterusnya. Anda boleh ajak rakan-rakan dan ahli keluarga untuk dengar majlis ilmu.

Ini merupakan senarai jadual ceramah Ustaz Wadi Annuar untuk sepanjang bulan Januari 2023

  • 6 Januari (Jumaat) - Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas Pulau Pinang
  • 14 Januari (Sabtu) - Masjid Jamek Sungai Tiram, Bayan Lepas Pulau Pinang
  • 15 Januari (Ahad) - Masjid Al-Huda, Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • 20 Januari (Jumaat) - Masjid Muhajirin, Sungai Lalang, Kedah
  • 21 Januari (Sabtu) - Masjid Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah

Jadual Ceramah Ustaz Wadi Annuar Januari 2023

Untuk ketahui segala aktiviti seperti ceramah Ustaz Wadi Annuar sepanjang tahun 2023, anda boleh rujuk facebook rasmi Ustaz Wadi Annuar.

Post a Comment

Previous Post Next Post