Senarai Drama Melayu Terbaru Tahun 2023

Senarai Drama Melayu Baru 2023

Tahun baru pastinya yang ditunggu-tunggu adalah drama melayu tempatan yang bakal bersiaran dan menemui penonton khususnya peminat drama di Malaysia untuk tahun 2023 kali ini.

Umum sedia maklum, hampir setiap stesen televisyen setiap tahun menghasilkan drama mereka tersendiri menerusi slot khas yang disediakan seperti Megadrama di Astro Ria, slot Akasia, Samarinda dan Lestary di TV3, slot Qalbu di TV Alhijrah, Diandra di TV9 dan banyak lagi.

Tapi kini ianya bukan terhad untuk siaran tv sahaja apabila platform penstriman online sendiri ada mengeluarkan kandungan original mereka seperti Viu Original, iQIYI Original, Astro Originals dan pelbagai lagi.

BACA : Senarai Drama Melayu Tahun 2022

Kini dah banyak pilihan untuk anda layan drama melayu tempatan mengikut waktu tayangan atau menerusi platform online yang sudah patinya boleh ditonton secara berulang-ulang mengikut waktu fleksibel anda.

Senarai Drama Melayu Terbaru Sepanjang Tahun 2023

Jadi jom kita tengok antara senarai drama melayu tempatan yang akan dimainkan dan disiarkan sepanjang tahun 2023 mengikut stesen tv dan platform online

RTM (TV1, TV2 dan TV Okey)

  • Luka Di Hati Diya (Slot Widuri - 28 November 2022)
  • Seindah Cinta (TV Okey - 7 Disember 2022)
  • Amanat Wasiat Sumayah

Astro Ria

  • Kudeta (Astro Originals - 20 November)
  • Cina Buta (Slot Megadrama - 15 Disember)
  • Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 (Gempak Originals - 21 Disember)
  • Projek High Council (Astro Originals - 14 Januari 2023)
  • Nikah Cerai Rujuk (23 Disember)
  • Imam PI (Astro Originals)
  • Akira Khan (Slot Megadram)

Astro Citra

  • Liar (Astro Originals - Mac)

Astro Prima

  • Bukan Syurga Pilihan (Slot Tiara - 2 Januari)

Astro Ceria

  • Legenda Puteri Qaseh (9 Januari 2023)

TV3 (Slot Akasia, Samarinda, Lestary dan Sakura)

  • Chinta Arjuna (Slot Sakura - 13 Disember)
  • Budak Tebing 3 (Slot Lestary - 14 Disember)
  • Kerana Cinta Itu Ada (Slot Akasia - 28 Disember)
  • Bawah Blok (Slot Lestary - 5 Januari)
  • Bukan Lelaki Terhebat (Slot Samarinda - 26 Januari)
  • Ku Akad Kau Dengan Bismillah (Slot Akasia - Februari)
  • Kampung Mat Saleh
  • My Mr Blind Date
  • Sekali Aku Bahagia

TV9

Awesome TV

  • Kampung Senariuh (Slot Sitcom - 1 Janauri 2023)

TV Alhijrah

Unifi TV

WeTV

Tonton

  • Metro Crime Scene (MCS): Siapa Lelaki Itu?

Sooka

  • Stella On Stage (9 Januari 2023)

iQIYI

Disney+ Hotstar

  • Special Force Anarchy (14 Januari 2023)

Viu

  • Nenek Bongkok Tiga (Februari 2023)

*senarai ini merupakan tayangan mengikut tarikh di Malaysia dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Post a Comment

Previous Post Next Post