Jadual Kuliyah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Januari 2023

Jadual Kuliyah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Januari 2023

Anda boleh ikuti ceramah Ustaz Azhar Idrus secara langsung di lokasi masjid atau surau yang beliau hadiri bagi menyampaikan kuliyahnya. UAI telah kongsikan jadual ceramah untuk bulan Januari 2023 dan anda boleh hadir ke sana.

Ustaz Azhar Idrus cukup terkenal dengan kaedah penyampaian ceramah atau kuliyah secara santai. Selain menyampaikan ilmu agama, beliau juga bijak selitkan lawak jenaka bagi menarik lebih ramai pendengar terutamanya golongan anak muda.

⏩ Ceramah Menarik Ustaz Azhar Idrus - DISINI

Kita semua sedia maklum, sekiranya Ustaz Azhar Idrus datang bagi memberi ceramah dan kuliyah pasti ramai juga yang memenuhi ruang masjid atau lokasi tersebut bagi mendengar ilmu yang disampaikan oleh beliau.

Jadual Ceramah Dan Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Januari 2023

Dengan adanya jadual bersama tarikh dan lokasi ceramah Ustaz Azhar Idrus, anda boleh bersiap untuk datang beramai-ramai dan mengambil masa sedikit untuk dengar ceramah yang kebiasaanya diadakan antara waktu Maghrib dan Isyak atau mungkin selepas Isyak.

Berikut merupakan senarai jadual waktu ceramah dan kuliyah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Januari 2023:

  • 2 Januari (Isnin) - Masjid Kg. Tasek Bukit Payung Terengganu
  • 3 Januari (Selasa) - Masjid Kg Padang Air Kuala Terengganu
  • 4 Januari (Rabu) - Masjid Tebauk Bukit Tunggal Kuala Terengganu
  • 5 Januari (Khamis) - Masjid Kg Sekayu Kuala Brang Hulu Terengganu
  • 8 Januari (Ahad) - Masjid Ikhwan Gelong Bilal Kuala Terengganu
  • 9 Januari (Isnin) - Surau Kg Teluk Paku Gelugur Kuala Terengganu
  • 10 Januari (Selasa) - Masjid Kg Padang Mengkuang Bukit Payung Terengganu
  • 11 Januari (Rabu) - Masjid Jame' Pengadang Baru Kuala Terengganu
  • 12 Januari (Khamis) - Masjid Batu 6 Kuala Terengganu
  • 13 Januari (Jumaat) - Masjid Fatimah Zahra Indera Sempurna Kuantan Pahang
  • 16 Januari (Isnin) - Masjid Lama Bandar Permaisuri Setiu Terengganu
  • 17 Januari (Selasa) - Masjid Furqan Simpang 4 Chendering Kuala Terengganu
  • 18 Januari (Rabu) - Surau Al-Hijrah Ulu Takir Kuala Terengganu
  • 19 Januari (Khamis) - Masjid Mukim Kadok Jalan Kuala Kerai Ketereh Kelantan
  • 22 Januari (Ahad) - Pusat Talaqqi Batu Rakit Kuala Terengganu
  • 23 Januari (Isnin) - Masjid Nurul Iman Kg Tok Saboh Kuala Besut Terengganu
  • 24 Januari (Selasa) - Masjid Pulau Ketam Kuala Terengganu
  • 25 Januari (Rabu) - Masjid Meraga Beris Kijal Kemaman
  • 26 Januari (Khamis) - Masjid Kg Titian Baru Kedai Buluh Kuala Terengganu
  • 28 Januari (Sabtu) - Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar Kuala Lumpur
  • 29 Januari (Ahad) - Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasek Selatan Kuala Lumpur
  • 31 Januari (Selasa) - Surau Ladang Kuala Terengganu

Jadual Kuliyah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Januari 2023

Selain itu, anda juga boleh ikuti rapat segala aktiviti yang dilakukan oleh Ustaz Azhar Idrus dengan ikut laman facebook beliau di Ustaz Azhar Idrus Official.

Post a Comment

Previous Post Next Post