Senarai Harga Stars Facebook. Cara Buat Duit Dengan Strim Video

Senarai Harga Facebook Stars. Cara Buat Duit Melalui Video

Zaman sekarang sebenarnya banyak dah cara untuk anda buat duit secara online lagi-lagi menerusi media sosial seperti youtube, tiktok dan facebook. Lebih kepada nak atau taknak sahaja.

Jika di youtube, anda boleh buat duit daripada bayaran Google Adsense daripada Google. Di TikTok boleh terima bayaran daripada gift yang diberi oleh penonton menerusi kandungan video live. Manakala di Facebook juga sebenarnya anda juga boleh buat duit juga daripada video live iaitu daripada stars.

Secara asasnya, anda buat facebook live di page, kemudian viewers diberi peluang untuk mereka kongsikan atau beri stars kepada anda. Kemudian stars tersebut boleh ditebus atau ditukarkan kepada duit sebenar seperti yang ditetapkan oleh pihak facebook.

Jadi sebenarnya berapa nilai stars apabila ditukar kepada duit?

Senarai Harga Facebook Stars

Secara asasnya, facebook menetapkan 1 stars bernilai $0.01 atau lebih kurang 0.04 sen. Jadi setiap 10,000 stars yang diterima, anda akan peroleh $100 atau lebih kurang RM418. Anda boleh tengok perkiraan asas seperti dibawah.

Stars Nilai (USD) Nilai (RM)
1 Stars $0.01 RM0.0418
100 Stars $1.00 RM4.18
1,000 Stars $10.00 RM41.8
10,000 Stars $100 RM418
100,000 Stars $1,000 RM4,180
1,000,000 Stars $10,000 RM41,800

Senarai Harga Facebook Stars

Kebiasaanya, mereka yang bagi stars bukanlah hanya satu sahaja kerana ianya didatangkan secara bundle seperti 10, 50, 100, 200 dan sebagainya. Anda masih boleh beri lebih lagi daripada itu sebenarnya pada bahagian custom.

Cara Buat Duit Di Facebook

Sebenarnya terdapat 4 cara untuk anda buat duit di facebook. Tetapi buat duit di facebook dengan cara paling senang adalah melalui stars yang diterima berbanding dengan cara-cara yang lain. Kerana syarat yang ditetapkan tidak terlalu ketat.

Stars

Untuk melayakkan anda terima stars, page anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 followers dalam masa 60 hari. Selain itu, anda juga perlu buat live video dalam negara anda sahaja.

In-Stream Ads for On-Demand

Jika anda perasan, ada beberapa video yang anda tonton di facebook ada iklan pada awal permulaan seperti di video youtube. Itulah yang dipanggil In-Stream Ads. Jadi setiap kali ini video itu dimainkan, pemilik video akan dibayar oleh pihak facebook sendiri.

Untuk melayakkan anda monetize video anda tersebut, anda mestilah sekurang-kurangnya mempunyai 10,000 followers. Selain itu, dalam tempoh 60 days perlu mempunyai 600,000 minit tontonan serta sudah kongsikan 5 atau lebih video di page anda tersebut.

In-Stream Ads for Live

Untuk cara ini, ianya hampir sama seperti for On-Demand tetapi lebih fokuskan kepada video live. Syarat yang ditetapkan melayakkan anda terima monitization ini juga hampir sama seperti for On-Demand

Subsrciptions

Cara langganan ini, page anda mestilah sekurang-kurangnya mempunyai 10,000 followers dan perlukan 250 penonton yang sama setiap minggu. Selain itu, dalam tempoh 60 hari perlukan 50,000 engagements serta memerlukan 180,000 minit bagi semua video yang telah dikongsikan.

Jadi antara kesemua ini mengikut kriteria yang diperlukan pastinya Stars adalah yang paling mudah untuk anda capai. Ada 1,000 followers dan boleh terus terima stars dan boleh buat duit dengan live facebook.

Untuk info lanjut, boleh layari facebook di pautan Earn money with your live video with Stars.

Post a Comment

Previous Post Next Post