Senarai Calon 8 Kategori Anugerah Ikon Sukan (AIS) Tahun 2023

anugerah ikon sukan ais 2023

Jika bidang nyanyian ada anugerah, sama juga seperti bidang lakonan, perfileman dan sebagainya. Kali ini buat julung kalinya akan diadakan Anugerah Ikon Sukan (AIS) yang dianjurkan oleh Harian Metro khusus untuk mereka yang berada di dalam industri sukan.

Tahun 2023, AIS kali pertama diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada semua atlet, atlet paralimpik dan penggiat-penggiat sukan termasuk kelab dan persatuan sukan atas kejayaan dan kecemerlangan mereka dalam setiap kejohanan yang disertai.

Sebanyak 8 kategori anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Ikon Sukan (AIS) 2023 dan pemenang adalah beradasarkan penilaian dan markah daripada juri profesional serta undian menerusi surat khabar Harian Metro dan secara online di www.hmetro.com.my/AIS.

Calon yang tersenarai dalam undian akhir yang mendapat jumlah markah dan undian keseluruhan paling tinggi akan dinobatakn sebagai pemenang utama iaitu bagi Anugerah Sukan Terbaik yang akan diumumkan pada malam kemuncak AIS.

Malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) 2023 akan berlangsung pada 8 Januari 2023, hari Ahad pada pukul 8.30 malam menerusi saluran TV9. Anugerah tersebut akan dihoskan oleh Che Puan Sarimah Ibrahim bersama Fahrin Ahmad.

Senarai Calon Anugerah Ikon Sukan Tahun 2023

Senarai calon Anugerah Ikon Sukan 2023

Berikut merupakan calon dan top 5 bagi 8 kategori yang dipertandingkan untuk Anugerah Ikon Sukan (AIS) Tahun 2023.

Ikon Sukan Harapan

  1. Nurul Syasya Nadiah Mohd Ariffin (Penembak) - PEMENANG
  2. Ng Tze Yong (Badminton)
  3. Hakim Danish (Permotoran)
  4. Khiew Hoe Yean (Renang)
  5. Arif Aiman Hanapi (Bola Sepak)

Ikon Sukan Pempengaruh

  1. Lee Zii Jia (Badminton)
  2. Badhri Radzi (Bola Sepak)
  3. Hafiz Syarin (Permotoran)
  4. Datuk Lee Chong Wei (Badminton)
  5. Datuk Azizulhasni Awang (Berbasikal) - PEMENANG

Ikon Sukan Kepimpinan

  1. Datuk Hamidin Mohd Amin (FAM) - PEMENANG
  2. Ahmad Faedzal Md Ramli (KP ISN)
  3. Datuk Nur Azmi Ahmad (CDM Sukan Sea Vietnam)
  4. Datuk Abu Samah Abd Wahab (PKBM)
  5. Stuart Ramalingam (MFL)

Ikon Sukan Persatuan/Kelab

  1. Kelab Johor Datul Ta'zim (JDT) - PEMENANG
  2. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
  3. Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
  4. Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)
  5. Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF)

Ikon Sukan Jurulatih

  1. Poad Kassim (Olahraga)
  2. Manshahar Abdul Jalil (Olahraga)
  3. Nafuzi Zain (Bola Sepak)
  4. Rexy Mainaky (Badminton)
  5. Datuk Misbun Sidek (Badminton) - PEMENANG

Ikon Sukan Paralimpik

  1. Cheah Liek Hou (Badminton) - PEMENANG
  2. Datuk Abdul Latif Romly (Olahraga)
  3. Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting)
  4. Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (Renang)
  5. Nur Jannaton Abdul Jalil (Memanah)

Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru

  1. Pearly Tan - M Thinaah (Badminton)
  2. Tahira Najmunissa Muhammad Zaid (Dualthlon)
  3. Nur Dhabitah Sabri (Terjun) - PEMENANG
  4. Intan Serah Anisah Zulgafli (Futsal)
  5. Fatin Nurfatehah Mat Salleh (Memanah)

Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru

  1. Lee Zii Jia (Badminton)
  2. Arif Aiman Hanapi (Bola Sepak)
  3. Aaron Chia - Soh Wooi Yik (Badminton)
  4. Al Jufferi Jamari (Silat) - PEMENANG
  5. Muhammad Azeem Fahmi (Olahraga)

Calon manakah yang bakal merangkul pemenang tama iaitu Anugerah Sukan Terbaik pada malam tersebut? Sama-sama saksikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post