Senarai Kad Bank Malaysia Menyokong Google Pay

Senarai Kad Bank Malaysia Menyokong Google Pay

Nampaknya semakin hari, kita pengguna Malaysia dapat menggunakan sepenuhnya ciri dan fungsi pada smartphone seperti negara lain juga. Antaranya adalah Google Pay kini sudah rasmi boleh digunakan di Malaysia sama seperti Samsung Pay dan Apple Pay yang diumumkan sebelum ini.

Dengan adanya ciri ini, anda boleh sambungkan kad debit atau kad kredit anda pada telefon pintar sahaja. Jadi jika anda ingin buat pembayaran, tak perlu lagi bawa kad fizikal, bayar hanya menggunakan smartphone anda yang mempunyai ciri NFC sahaja. Lebih pantas.

Ye la kan. Sekarang telefon ni dah jadi benda wajib yang ada pada diri selain daripada MyKad. Setiap masa telefon anda akan berada di samping. Jadi lepas ni credit card atau debit card anda dah boleh simpan kat rumah, nanti bayar gune Google Pay sahaja.

Kini kepada semua pengguna di Malaysia, jika anda ada iPhone, anda boleh gunakan Apple Pay. Jika anda ada Samsung, gunakan Samsung Pay. Yang terbaru jika anda ada smartphone Android, anda boleh gunakan Google Pay sahaja. Yang penting telefon anda tersebut ada ciri NFC tau.

Akan tetapi bukan semua kad bank Malaysia yang menyokong Google Pay ni. Ada bank yang sudah mengumumkan secara rasmi dan masih ada yang belum menyokong pembayaran tersebut. Jadi setakat ini, hanya ada beberapa kad bank sahaja yang boleh disambungkan pada Google Pay.

Senarai Kad Bank Malaysia Menyokong Google Pay

Sejak Google Pay diumumkan secara rasmi di Malaysia, hanya CIMB, Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank dan Public Bank sahaja yang boleh disambungkan. Manakala HSBC dan HSBC Amanah akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

Anda boleh lihat senarai kad bank Malaysia yang support Google Pay sama kad mastercard atau kad visa untuk kad kredit dan kad debit.

Senarai Kad Bank Malaysia Menyokong Google Pay

Senarai ini dikeluarkan berdasarkan pengumuman daripada Google Support sendiri.

Post a Comment

Previous Post Next Post