Senarai Program Animasi TV Alhijrah Sempena Cuti Sekolah

Senarai Program Animasi TV Alhijrah Sempena Cuti Sekolah

Musim cuti persekolahan sudah bermula. Pastinya, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan disusun atur oleh semua pihak termasuk ibu bapa dan pelajar agar waktu rehat ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Tidak mahu ketinggalan, TV AlHijrah turut sama teruja untuk meraikan musim cuti ini bersama penonton cilik tersayang. Sambil berehat di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta, pastinya rancangan-rancangan menarik seperti rancangan Hayya Bil Kafa, Kisah Haiwan Dalam Islam, Ustaz Kartun Dan Robojim dan Jom Dengar Cerita dapat menambah keceriaan dan ilmu yang bermanfaat buat semua.

Apa yang menarik, kesemua rancangan kanak-kanak ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi padat dengan pelbagai mesej bermanfaat seperti mesej keamanan, nilai kasih sayang dalam persahabatan dan kekeluargaan, serta kepentingan mencintai alam sekitar dan haiwan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, "TV AlHijrah berhasrat untuk menjadikan ruang tamu di rumah penonton sebagai ruangan pembelajaran seisi keluarga. Terdapat pelbagai rancangan ilmiah yang ditayangkan di TV AlHijrah menambah ilmu pengetahuan serta mengeratkan silaturahim.

“Bezanya jika di sekolah ilmu dituntut daripada para guru, kali ini televisyen menjadi medium pembelajaran.  Kami siarkan rancangan-rancangan menarik, berbentuk penceritaan, kreatif dan dua hala.” jelas Namanzee.

Senarai Program Animasi TV Alhijrah Sempena Cuti Sekolah

Hayya Bil Kafa akan memulakan siaran pada 10 Disember, setiap Sabtu dan Ahad, jam 1.30 petang. Dihoskan oleh pengacara baharu iaitu Ustaz Muhammad Hadif Mohamad Rosdi dan Ustazah Aisyah Baa’in, adik-adik akan dibimbing untuk mengulang kaji pelajaran melalui silibus KAFA seperti pembelajaran Al-Quran dan asas Fardhu Ain.

Menariknya, jika tidak berkesempatan untuk menonton televisyen, rancangan ini juga boleh ditonton di aplikasi digital AlHijrah Plus bermula 17 Disember 2022. Sesi ulang kaji pelajaran KAFA akan bertambah menarik dengan soal jawab serta keletah pelajar-pelajar yang dijemput ke studio TV AlHijrah.

Senarai Program Animasi TV Alhijrah Sempena Cuti Sekolah

Seterusnya, penonton seisi keluarga boleh menonton Jom Dengar Cerita pada setiap Sabtu dan Ahad, 3 petang bermula 10 Disember 2022 pula. Rancangan ini pastinya memikat hati dan jiwa penonton cilik TV AlHijrah serta seisi keluarga dengan lima belas kisah agung Nabi Allah S.W.T yang diceritakan oleh Ustaz Fadzli Aziz dan Ustazah Noni.

Antara kisah-kisah nabi yang menjadi tauladan adalah kisah Nabi Adam A.S, kisah Nabi Idris A.S, kisah Nabi Nuh A.S, kisah Nabi Ibrahim A.S dan banyak lagi.

Jangan ketinggalan juga untuk menonton rancangan Kisah Haiwan Dalam Islam yang akan disiarkan pada setiap Sabtu dan Ahad, pada jam 3.15 petang.

Menerusi rancangan ini, kisah-kisah haiwan istimewa dan manakjubkan yang tercatat di dalam sejarah para nabi terdahulu akan dipertontonkan untuk semua. Kisah haiwan-haiwan ini memberikan teladan dan pedoman dalam kehidupan serta menyedarkan kita betapa besar dan agungnya Pencipta alam ini. Antaranya ialah kisah tentera gajah Abrahah, perkhabaran Hud-Hud, Nyamuk dan Raja Namrud, Paus dan Nabi Yunus, Sapi Pembuka Rahsia dan banyak lagi.

Senarai Program Animasi TV Alhijrah Sempena Cuti Sekolah

Jangan ketinggalan juga untuk menonton rancangan Ustaz Kartun dan Robojim di aplikasi AlHijrah Plus. Ustaz Kartun dan Robojim adalah sebuah rancangan kanak-kanak yang dihoskan oleh ‘Ustaz Kartun’ dan watak animasi Robojim. Adik-adik akan diajar ilmu al-quran, tajwid, hafazan dan jawi dengan kaedah kartungogi, melukis dan animasi. Selain itu, diselitkan lagu kanak-kanak islamik dengan nilai-nilai murni.

Post a Comment

Previous Post Next Post