Senarai Juri Dan Peserta Dalam The Masked Singer Malaysia Musim 3

Senarai Juri Dan Peserta Dalam The Masked Singer Malaysia Musim 3

The Masked Singer Malaysia kini kembali untuk musim ketiga dimana kali ini menampilkan dengan kostum atau rekaan busana yang lebih hebat dan pastinya dengan persembahan dan suara-suara yang mantap daripada barisan peserta.

Musim pertama, kita dah ketahui Aina Abdul dengan kostum Bunga Raya dinobatkan sebagai juara. Kemudian diikuti dengan Shila Amzah dengan kostum Rambutan untuk musim kedua. Kali ini pula siapakah agaknya yang menjuarai dengan kostum yang dipakainya.

The Masked Singer Malaysia masih mengekalkan dengan format asal daripada program The King Of Mask Singer yang diadaptasi dari Korea Selatan dan negara-negara lain juga; Indonesia, China dan Amerika Syarikat.

Seperti musim-musim sebelumnya, penonton termasuk para juri sendiri tidak mengetahui identiti atau siapakah yang memakai kostum tersebut. Kesemua juri perlu membuat meneka dan diakhir program barulah identiti siapakan disebalik topeng.

Terdapat 15 peserta dengan identiti dirahsiakan dan mereka sebenarnya terdiri daripada selebriti terkenal Malaysia seperti dalam bidang nyanyian, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, influencer dan ramai lagi.

Kostume mereka adalah terdiri daripada Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Nanas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas. Selain daripada makanan, binatang, buah-buahan, kali ini kita ada alatan sukan.

Senarai Juri Dan Peserta Dalam The Masked Singer Malaysia Musim 3

Barisan Juri

Selain peserta dan kostum mereka, barisan juri juga bukan calang-calang nama besar dalam industri. Terdapat 8 kesemuanya dengan 7 daripadanya muka baru iaitu Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Ella.

Manakala Datuk AC Mizal masih dikekalkan dengan menggalas tugas sebagai hos sekali lagi dalam The Masked Singer Malaysia Musim 3 tahun 2022.

Program The Masked Singer Malaysia 3

The Masked Singer Malaysia 3 akan bersiaran selama 10 minggu bermula 23 Disember 2022, setiap hari Jumaat pada jam 9.00 malam di saluran Astro Warna 107 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my.

Setiap minggu juga peserta yang mendapat markah terendah selepas habis membuat persembahan pentas akan disingkirkan dan identiti mereka akan didedahkan di akhir program.

Senarai Identiti Misteri Bag Setiap Kostum

Minggu 1 : ???

Minggu 2 : ???

*akan dikemaskini


Post a Comment

Previous Post Next Post