4 Aplikasi Penstriman Baru Kini Tersedia Di Astro Ulti Box

4 Aplikasi Penstriman Baru Kini Tersedia Di Astro Ulti Box

Inilah dikatakan janji ditepai apabila ingin memberikan pengalaman tontonan terbaik kepada para pelanggan, Astro dengan terujanya memperkenalkan aplikasi iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT dan BBC Player di Ulti Box.

Dengan ini, pelanggan dapat strim lebih banyak acara sukan global secara SIARAN LANGSUNG dan hiburan Asia kegemaran mereka termasuk drama dan filem Korea, Cina dan Hong Kong, program British terbaik, kegemaran tempatan dan anime di TV mereka mulai 21 Disember 2022.

Pelanggan Ulti Box kini boleh rasa apa yang pelanggan Ultra Box rasa dimana dapat menonton Original Sorry Naik Lori yang popular dan drama Cina, New Life Begins di iQIYI, A Perfect Man di TVBAnywhere+; kandungan sukan seperti Ligue 1, La Liga dan Tenis Terbuka Australia di beIN SPORTS CONNECT dan kandungan British seperti Strictly Come Dancing di BBC Player dengan mengakses aplikasi ini melalui rel "Aplikasi" di Halaman Utama (Home) mereka.

4 Aplikasi Penstriman Baru Kini Tersedia Di Astro Ulti Box

Akses kepada aplikasi ini pada Ulti Box bergantung pada langganan anda seperti di bawah:

  • beIN SPORTS CONNECT - Pek Sports, Sports Plus, Premium 1, Premium 2 atau Platinum
  • TVBAnywhere+ - Pilihan Kegemaran Cina di Pek Entertainment, Entertainment Plus, Premium 2, Premium 3 atau Platinum Pack
  • BBC Player - Pek Pelbagai, Berita dan Dokumentari di Entertainment, Entertainment Plus, Premium 2, Premium 3 atau Platinum
  • iQIYI - Langganan ala carte untuk hanya RM8.90/sebulan (eksklusif kepada pelanggan Astro) atau langganan VIP Premium untuk RM12.90/sebulan

Terbaru Di Astro Box Dan Astro Go

Dalam pada itu, selain daripada memperkenalkan 4 aplikasi tersebut di Ulti Box, Astro juga telah memperkenalkan kemas kini atau update lain untuk Astro Box dan Astro GO:

Antara Muka Pengguna yang Diubahsuai

Keseluruhan antara muka pengguna pada Astro Box dan Astro GO telah dipermudahkan dengan penampilan yang lebih anggun dan mesra untuk menyerlahkan kandungan-kandungan yang termasuk reka bentuk semula poster, akses lebih mudah kepada francais filem popular dan program langsung dari Halaman Utama, kursor baharu, akses lebih pantas ke Panduan TV dan butang "Lihat semua" pada baris tajuk untuk membolehkan anda melihat semua kandungan yang anda suka.

Kemas Kini di Astro GO

Dengan Mod Picture-in-Picture baharu, pengguna kini boleh terus menonton rancangan kegemaran mereka dalam floating player yang lebih kecil walaupun semasa mereka menggunakan aplikasi lain pada peranti mudah alih mereka. Selain itu, Mod Interaktif kini akan dilancarkan secara automatik untuk Liga Perdana dan Liga Juara-Juara UEFA supaya pengguna boleh mengakses sorotan segera, statistik perlawanan, statistik pemain dan jadual perlawanan akan datang tanpa perlu memulakannya secara manual.

4 Aplikasi Penstriman Baru Kini Tersedia Di Astro Ulti Box

Kemas kini lain di Astro GO termasuk bar menu bawah baharu dalam aplikasi untuk akses lebih pantas kepada beribu-ribu kandungan dan keterlihatan lebih baik bagi baris tajuk yang ditampilkan seperti "Acara Langsung"

Untuk maklumat lanjut tentang iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT dan BBC Player sila layari product.astro.com.my/apps. Nikmati lebih banyak penjimatan dan strim semua kandungan kegemaran anda apabila anda mendaftar untuk tawaran pakej TV kami dengan melayari astro.com.my/tv.

Post a Comment

Previous Post Next Post