Drama Tiada Maaf Buatmu (Astro Ria)

Drama Tiada Maaf Buatmu (Astro Ria)

Menyusuli Ash Dan Aish, drama Tiada Maaf Buatmu akan mengisi slot Megadrama bermula 28 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.

Drama bersiri 24 episod yang diadaptasi daripada novel Maaf Saya Tak Sengaja karya Akira Dorayaki merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dengan nukilan skrip daripada Azira Wabah dan Intan Zarina Mohd Yasin.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali, Sofia Dendroff, Zamarul Hisham, Wanns Ahmad, Ummar Dzariff dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu

Drama 'Tiada Maaf Buatmu' mengisahkan tentang seorang gadis bernama Aina Cempaka (Zahirah Macwilson) yang pernah menjadi mangsa serangan seksual lima tahun dahulu dimana disebabkan kegagalan abangnya dalam melangsaikan hutang dengan Black, seorang pemilik kelab malam.

Disebabkan kejadian itu, Aina Cempaka menjadi depresi selama berbulan-bulan. Dia berlari ke sebuah jambatan untuk melepaskan geram tetapi terjatuh ke bawah dan terhentak di permukaan batu.

Kehilangan Aina Cempaka menghasilkan khabar angin bahawa dia membunuh diri dan sudah meninggal. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Aina Cempaka sebenarnya koma dan keguguran. Dia juga hilang kesemua ingatannya.

Selepas kejadian itu, Aina Cempaka pergi ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan yang baharu dan tinggal bersama Suzy (Sofia Dendroff). Dia juga menerima tawaran untuk bekerja di Ibunda Corporation sebagai pembantu peribadi Faiz Iqbal (Aiman Hakim).

Sejak itu, kerja-kerja Faiz Iqbal menjadi semakin terurus, membuatkan dia lebih bersemangat untuk ke pejabat. Lama-kelamaan, Faiz Iqbal menaruh hati kepadanya kerana dia berasa selamat apabila Aina Cempaka menjaganya memandangkan Aina Cempaka mempunyai perwatakan yang lasak dan ada ilmu mempertahankan diri.

Bukan itu sahaja, Aina Cempaka juga menjaga solatnya. Secara tidak langsung Faiz Iqbal semakin tertarik dengannya tanpa mengetahui hubungan kisah silam dan kaitan antara mereka berdua sebelum ini.

Siapakah Faiz Iqbal sebenarnya kepada Aina? Mampukah mereka bersama di sebalik sejarah hitam masing-masing? Nantikan jawapanya di dalam drama ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Tiada Maaf Buatmu bermula 28 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama Tiada Maaf Buatmu (Astro Ria)

Drama Tiada Maaf Buatmu (Astro Ria)

Drama Tiada Maaf Buatmu (Astro Ria)

Post a Comment

Previous Post Next Post