Senarai Lokasi Pasar Malam Di Ampang Jaya

Senarai Lokasi Pasar Malam Di Ampang Jaya

Mana orang Selangor terutamanya orang Ampang Jaya yang nak tahu lokasi tapak pasar malam di tempat anda, boleh lihat sini senarai lokasi pasar malam di Ampang Jaya supaya mudah kalau anda nak datang sini nanti.

Mungkin orang tempatan yang belum tahu atau yang baru berpindah atas urusan kerja atau datang belajar disini atau mungkin anda singgah beberapa hari tapi tak tahu lokasi pasar malam yang ada disini kan. Jangan risau, ada senarai lokasi untuk anda.

Pasar malam di Ampan Jaya ini juga tidak kurang meriahnya jika ingin dibandingkan dengan pasar malam di tempat-tempat lain. Masing-masing menawarkan ratusan menu dan keunikan makanan yang dijual kepada orang ramai yang datang.

Jadi sekiranya anda nak dapatkan pelbagai juada menu makanan, minuman, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam segar, buah-buahan tempatan dan sebagainya, anda boleh datang ke lokasi pasar malam yang disediakan ini.

Senarai Lokasi Pasar Malam di Ampang Jaya

Jadi dengan adanya lokasi yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini, anda boleh datang beramai-ramai bersama kawan-kawan atau ahli keluarga yang lain mengikut masa dan hari yang ditetapkan bagi setiap lokasi.

⏩ Barangan Keperluan Supermarket Murah - Disini

Ini merupakan senarai lokasi pasar malam near me di Ampang Jaya yang beroperasi bermula pada pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam

Isnin

  • Lembah Jaya Industri (Jalan LJ 2)
  • Cahaya Indah (Jalan Pandan Cahaya 1/1)
  • Keramat AU3 (AU 3/1)
  • Keramat Permai (AU1A/4D)

Selasa

  • Pandan Jaya (Jalan Pandan 3/2)
  • Bandar Baru Ampang (Jalan Wawasan 2/5)
  • Taman Melawati (Lorong Sarawak)
  • Pandan Indah (Jalan Pandan Indah 5/7)

Rabu

  • Kg. Cheras Baru (Jalan 38)
  • Taman Dagang (Jalan Persiaran Dagang Kanan)
  • Taman Watan (Jalan Watan 4)
  • Maju Jaya (Lorong Bunga Melati 2A)
  • Pandan Mewah (Jalan Mewah 4)
  • UK Perdana (Jalan UP 1/1A)

Khamis

  • Bandar Baru Ampang (Jalan Wawasan 2/5)
  • Tasik Tambahan (Jalan 4/14)
  • Ampang Mewah (Jalan Mewah 5)
  • Taman Melawati (Lorong Sarawak)
  • Pandan Indah (Jalan Pandan Indah 3/4)

Jumaat

  • Taman Seraya (Jalan Bunga Mawar 2)
  • Taman Dagang (Jalan Persiaran Dagang Kanan)
  • Keramat AU4 (Jalan AU 4/9A)
  • Pandan Indah (Jalan Pandan Indah 4/3)
  • Lembah Jaya Industri (Jalan LJ 2)
  • Ampang Indah (Jalan Bukit Indah Utama)

Sabtu

  • Lembah Jaya Industri (Flat Desa Lembah Permai)
  • Taman Melor (Jalan Melor 45)
  • Pandan Jaya (Jalan Pandan 3/2)
  • Taman Melawati (Medan Selera Taman Melawati)

Ahad

  • Taman Muda (Jalan Bunga Melur 1)
  • Tasik Tambahan (Jalan 4/14)
  • Ampang Mewah (Jalan Mewah 5)

Senarai ini dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) - LIHAT SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post