Panduan Dan Cara Solat Sunat Gerhana Bulan

Panduan Dan Cara Solat Sunat Gerhana Bulan

Berikut merupakan panduan dan tatacara bagi melakukan Solat Sunat Gerhana atau Solat Sunat Khusuf. Dengan adanya panduan ini, anda boleh lakukan apabila berlaku gerhana bulan khususnya.

BACA : Rahsia Gerhana Menurut Islam

Hukum Solat Gerhana Bulan

Solat Gerhana Bulan adalah Sunat Muakkad yang mana ianya dilakukan sebanyak 2 rakaat. Ianya juga sunat dilakukan secara bersendirian dan lebih afdal secara berjemaah. Tempoh solat adalah bermula daripada gerhana bermula sehingga tamat.

Niat Solat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakat kerana Allah Taala

Tatacara Solat Gerhana

Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram

2.  Membaca doa iftitah

3. Membaca Ta'awudz (أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

4.  Membaca surah al-Fatihah

5.  Membaca mana-mana surah, afdal adalah surah al-Baqarah

6.  Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)

7.  Iktidal seterusnya membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah, afdal adalah surah al-Imran

8.  Rukuk dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)

9.  Iktidal

10.  Sujud dan membaca tasbih

11.  Duduk di antara dua sujud

12.  Sujud kedua dan membaca tasbih

13. Berdiri rakaat kedua

Rakaat Kedua

1.  Membaca surah al-Fatihah

2.  Membaca mana-mana surah dan yang lebih afdal surah al-Nisa'

3.  Rukuk dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)

4.  Iktidal seterusnya membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah, afdal adalah surah al-Maidah

5.  Rukuk dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)

6.  Iktidal

7.  Sujud ketiga dan membaca tasbih

9.  Sujud keempat dan membaca tasbih

10.  Membaca tasyahud akhir

11.  Memberi salam

Bacaan Khutbah

Sunat membaca khutbah selepas solat sunat walaupun gerhana sudah hilang. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.

Kaifiyat solat sunat gerhana bulan dalam bentuk gambar

kaifiyat dan cara solat sunat gerhana bulan

Semoga bermanfaat...

Post a Comment

Previous Post Next Post