Penggunaan Lafaz Masyaallah, Subhanallah Dan Astaghfirullah Di Tempat Yang Betul

Penggunaan Lafaz Masyaallah, Subhanallah Dan Astaghfirullah Di Tempat Yang Betul

Kita mungkin dah terbiasa lafaz kalimat seperti Masyaallah, Subhanallah, Astaghfirullah, Nauzubillah dan lain-lain dalam percakapan harian kita. Ini kerana ianya mudah untuk diungkapkan.

Ianya seperti terlafaz secara automatik dalam ucapan harian kita. Mungkin terpengaruh dengan keadaan sekeliling-liling atau atas sebab ikut-ikutan. Mungkin ada antara kita ungkapkan lafaz-lazaf tersebut dengan tepat atau sebaliknya.

Tetapi sebenarnya kalimah-kalimah ini semuanya memberikan pahala dan kebaikkan kepada kita. Ianya juga antara lafaz yang sering diamalkan oleh Rasulullah sekali gus kita juga mengikut sunnah nabi kita yang tercinta.

Namun bagi kita rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu pastinya kurang menguasai bahasa Arab dan adakalanya kita gagal menggunakan atau melafazkan kalimah-kalimah tersebut pada tempat yang betul.

Antara lafaz yang mungkin kita biasa dengar seperti :

"Masya Allah, kau berjudi!"
"Masya Allah, anak apa kau ni, memalukan ibubapa sahaja"
"Subhanallah, habis tanaman aku"

dan sebagainya...

Tahukan anda, sebenarnya penggunaan lafaz tersebut salah dan tidak tepat, tetapi bukanlah membawa kepada dosa. Cuma makna kalimah tersebut tidak sesuai dengan keadaan yang sedang terjadi.

Sebelum ketahui penggunaan sebenar bagi lafaz-lafaz tersebut, anda perlu tahu terlebih dahulu maknanya dalam bahasa Melayu

  • Masyaallah - Dengan Kehendak Allah
  • Subhanallah - Maha Suci Allah
  • Astagfirullah - Aku Memohon Keampunan Daripada Allah
  • Nauzubillah - Kami Memohon Perlindungan Daripada Allah
  • La ilaha illallah - Tiada Tuhan Selain Allah

Masya Allah

Lafaz ini sering disalahgunakan oleh masyarakat kita dan mengunkapkannya dengan tidak mengikut situasi yang betul mengikut makna 'Dengan Kehendak Allah'

Ianya diucapkan ketika kita takjub melihat keindahan dan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain sama ada dalam rupa bentuk, keadaan fizikal dan sebagainya. Selain itu sesuai juga digunakan untuk perkara positif terhadap sesuatu perkara.

Sebagai contoh, apabila kita melihat bayi yang comel dengan memiliki pipi yang gebu, mata bulat dan sebagainya. Jadi anda boleh lafazkan 'Masyaallah' ketika ingin memberikan pujian kepada anak tersebut.

Subhanallah

Subhanallah membawa maksud "Maha Suci Allah" dan lafaz ini sesuai diungkapkan apabila kita takjub dengan kebesaran ciptaan Allah. Seperti contoh melihat laut yang terbentang luas, bukit bukau yang menghijau dan sebagainya.

Selain itu lafaz ini juga disunnahkan untuk diamalkan setelah solat sebanyak 33 kali dan boleh diucapkan ketika kita dalam perjalanan dengan keadaan jalan yang curam atau menurun (HR. Bukhari dalam al-Fath VI/135)

Astaghfirullah

Astaghfirullah dalam bahasa melayu bermaksud "Aku Memohon Keampunan Allah". Jadi lafaz ini sesuai diungkapkan dalam situasi yang tidak elok seperti "Astagfirullah, apa yang dah berlaku sekarang ini?"

Selain itu, dalam situasi ini juga anda boleh lafazkan seperti Innalillah (Kepada Allah Kita Kembali) ataupun Nauzubillah (Kami Memohon Perlindungan Daripada Allah)

Selain itu lafaz ini juga adalah doa yang paling tinggi. Memohon ampun dengan lafaz Astaghfirullah sunnah diucapkan sebanyak 3 kali setelah selesai salam dari solat wajib. Juga sunnah untuk memohon keampunan daripada Allah sebanyak-banyaknya dalam sehari.

Penggunaan Lafaz Masyaallah, Subhanallah Dan Astaghfirullah Di Tempat Yang Betul

La ilaha illallah

Kita umat Islam sedia maklum dengan lafaz akidah ini yang membezakan kita dengan kafir. Kita lafazkan kalimat ini setiap hari terutamanya di dalam solat. Lazimi La ilaha illallah yang bermaksud 'Tiada Tuhan Selain Allah'

Jika anda berada dalam situasi terkejut atau terkejut mendengar perkhabaran berita, anda disunatkan untuk melafazkan kalimat La ilaha illallah (HR. Bukhari dalam Fathul Baari VI/181 dan Muslim IV/22208)

Inilah antara kalimah-kalimah zikir yang sering kita lafazkan dalam kehidupan seharian kita. Selepas ini anda dah boleh amalkan lafaz ini mengikut tempat dan situasi yang betul. Insya Allah


Sumber : Kashoorga

Post a Comment

Previous Post Next Post