Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Menyusuli Bukan Pi Mai Pi Mai, drama Roti Cicah Susu akan bersiaran bermula 10 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11.0 malam di saluran Astro Ria 104 dan secara online di astrogo.astro.com.my

Drama bersiti yang diinspirasikan dari novel Roti Cicah Susu karya Liza Nur merupakan terbitan JS Pictures Sdn. Bhd., diarahkan bersama oleh Azman Hj Yahya (Jinggo) dan Shiela Rusli dengan nukilan skrip daripada Ayuni Zamani.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Haneesya Hanee, Farahdhiya, Aida Aris, Safwan Nazri, Syazuwan Hassan, Afifah Nasir, Sharifah Shahora, Riezman Khuzaimi, Hazeeq Dean, Fad Anuar dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Roti Cicah Susu

Drama Roti Cicah Susu mengisahkan tentang empat orang anak yatim piatu yang dibesarkan di Teratak Markissa iaitu Umaira, Elmiyya, Arissan dan Aiman.

Namun begitu, keempat-empat mereka terpisah apabila sesuatu berlaku di Teratak Markissa angkara Geng Tengkorak dan rumah tersebut terpaksa ditutup.

Selepas 15 tahun , mereka semua bertemu semula dan cuba untuk mencari jawapan tentang apa yang berlaku dulu sehingga membuka banyak rahsia yang tak sepatutnya diketahui. Apakah yang berlaku sebenarnya?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Roti Cicah Susu bermula 10 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Post a Comment

Previous Post Next Post