Senarai Pemenang Terpaling Juara 2022

Senarai Pemenang Terpaling Juara 2022

Pertarungan pentas akhir musim pertama Terpaling Juara menyaksikan Rahmad Mega muncul juara program realiti ini mengalahkan 3 lagi finalist yang bertanding iaitu Shaz, Hazami  dan Aqmal.

Mempersembahkan dua tugasan merangkumi lagu solo dan duet bersama mentor, Rahmad Mega berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi.

Mendendangkan dua lagu, Ku Akui nyanyian asal Hafiz Suip dan Di Penjara Janji duet bersama mentor Hael Husaini. Persembahan Rahmad Mega mendapat komen yang positif daripada barisan juri.

Senarai Pemenang Terpaling Juara 2022

Juara : Rahmad Mega

Naib Juara : Aqmal

Tempat Ketiga : Hazami

Tempat Keempat : Shaz

Pada program itu, Aqmal menduduki tempat kedua dan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Dia mempertaruhkan lagu Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir dan duet bersama mentor Naim Daniel untuk lagi Di Amaran Mama.

Manakala di tempat ketiga, penyanyi senior Hazami menerima hadiah wang tunai bernilai RM30,000 dengan membawakan lagu Luluh nyanyian Khai Bahar untuk persembahan solo dan lagu Joget Angan Tak Sudah untuk persembahan duet bersama mentor Akim Ahmad.

Tempat keempat pula diraih oleh peserta Shaz membawa pulang RM10,000 yang mendendangkan lagu Gelisah Mimpi nyanyian asal Liza Hanim untuk tugasan solo. Manakala untuk tugasan duet bersama mentor Hael Husaini, mereka mendendangkan lagu Hati.

Kesemua keempat-empat peserta perlu membawakan dua tugasan pada malam final iaitu nyanyian solo daripada playlist AJL dan juga nyanyian duet bersama mentor masing-masing.

Pentas akhir Terpaling Juara diadili oleh dua juri tetap iaitu Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff bersama juri jemputan Dato' Sri Siti Nurhaliza. Mereka mewakili 70% daripada markah keseluruhan dan lagi 30% adalah datang daripada undian online yang dibuat di www.xtra.com.my/terpalingjuara

Program realiti nyanyian yang dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir itu disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam.

Terpaling Juara telah bersiaran selama 8 minggu pada setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam menerusi saluran TV3 dan juga boleh juga tonton secara online di Youtube TV3 Official dan www.tonton.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post