Drama Bukan Pi Mai Pi mai (Astro Ria)

Drama Bukan Pi Mai Pi mai (Astro Ria)

Menyusuli Kids Nowadays, drama Bukan Pi Mai Pi Mai akan mengisi slot drama jam 11 bermula 19 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11.00 malam yang disiarkan di Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama bersiri 12 episod merupakan terbitan Porcupine Production Sdn. Bhd dengan kerjasama Heritage Movies dan diarahkan oleh Sabri Yunus dan nukilan skrip juga daripada Sabri Yunus.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Sabri Yunus, Angeline Tan, Imuda, Khatijah Tan, Sathia, Sulaiman Yassin (Mat Over), Silfeny Osman, Azizul Ammar, Saidi Sabri dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Bukan Pi Mai Pi Mai

Drama Bukan Pi Mai Pi Mai mengisahkan tentang enam warga emas yang bekerja di sebuah resort iaitu My Gopeng Resort dimana baru dibuka dan diruskan oleh Nita, Joey dan Adil.

Kesemua pekerja diminta membuat video promosi resort tersebut bagi mengajak lebih ramai bakal pelanggan dan pengunjung untuk datang bercuti di resort mereka memandangkan ianya baru beroperasi.

Dalam tempoh itu, macam-macam perangai dan isu mereka perlu hadapi di resort itu. Adakah akan lebih ramai yang akan datang di resort tersebut hasil daripada usaha pekerja-pekerja tersebut?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Bukan Pi Mai Pi Mai bermula 19 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama Bukan Pi Mai Pi mai (Astro Ria)

Drama Bukan Pi Mai Pi mai (Astro Ria)

Drama Bukan Pi Mai Pi mai (Astro Ria)

Post a Comment

Previous Post Next Post