Senarai 13 Peserta Gegar Vaganza 9 Tahun 2022

Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) Tahun 2022

Astro telah mengumumkan senarai 13 peserta yang bakal berentap bagi program nyanyian paling havoc di Malaysia iaitu Gegar Vaganza untuk musim ke-9 (GV9).

Menerusi pengumuman itu kita akan dapat lihat senarai penyanyi-penyanyi atau artis hebat tanah air yang akan berentap dan bersaing hebat bagi merebut gelaran juara.

Sama seperti musim lalu apabila 3 juri tetap akan dikekalkan iaitu Datuk Ramli MS, wakil daripada Indonesia, Bunda Hetty Koes Endang dan juga Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala pengacara akan ada sedikit perubahan apabila hanya Nabil Ahmad sahaja dikekalkan. Jihan Muse tidak akan kembali kerana baru sahaja bersalin dan Elly Mazlein bakal buat kemunculan sebagai penggantinya untuk musim kali ini.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi. Manakala Naib Juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing memenangi RM50,000 dan RM30,000 juga beserta trofi pertandingan.

Gegar Vaganza 9 akan bersiaran daripada Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan turut disiarkan secara langsung mulai 18 September 2022, setiap hari Ahad pada jam 9.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan strim secara online menerusi Astro Go.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 9 Tahun 2022

Untuk musim kali ini, kesemua 13 adalah penyanyi solo manakala hanya ada 1 sahaja penyanyi trio berkumpulan.

1)  Shila Amzah

Shila Amzah Gegar Vaganza 9

2)  Jaclyn Victor

Jaclyn Victor Gegar Vaganza 9

3)  Bob Yusof

Bob Yusof Gegar Vaganza 9

4)  Tomok

Tomok Gegar Vaganza 9

5)  Asheed Def Gab C

Asheed Def Gab C Gegar Vaganza 9

6)  Dina Nadzir

Dina Nadzir Gegar Vaganza 9

7)  Haida

Haida Gegar Vaganza 9

8)  Pat Candy

Pat Candy Gegar Vaganza 9

9)  Roy Kapilla

Roy Kapilla Gegar Vaganza 9

10)  Tom

Tom Gegar Vaganza 9

11)  Hazrul Nizam

Hazrul Nizam

12)  Fuad Rahman

Fuad Rahman Gegar Vaganza 9

13)  VE (Zaf, Cham, Adeeb & Hakim)

VE Gegar Vaganza 9

Siapakah bintang yang akan kembali menyengat untuk Gegar Vaganza Musim Ke-9 (GV9) ini? Nantikan sama-sama...

Post a Comment

Previous Post Next Post