Pemakaian Face Mask Dalam Kapal Terbang Kini Tidak Diwajibkan

Pemakaian Face Mask Dalam Kapal Terbang Kini Tidak Diwajibkan

Selepas beberapa kelonggaran yang telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum-sebelum ini berkaitan pemakaian pelitup muka atau facemask, kini satu lagi kelonggaran dibuat apabila ianya tidak lagi diwajibkan memakai ketika menaiki kapal terbang.

Pada 7 September yang lalu, KKM telah mengumumkan dimana orang ramai diberi pilihan untuk memakai pelitup muka di dalam bangunan (indoor) tetapi masih diwajibkan ketika berada dalam kenderaan awam terutamanya kapal terbang.

Kini bermula 28 September 2022, berkuat kuasa serta mereka menerusi protokol yang baru dimana pemakain facemask dalam kapal terbang tidak lagi diwajibkan seperti yang dikongsikan menerusi twitter rasmi KKM.

Walaubagaimanapun KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan jika anda bergejala seperti demam, batuk dan selsema. Selain itu, jika anda warga tua, orang berpenyakit kronik dan ibu mengandung juga disarankan untuk memakainya.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang itu sendiri dimana pengudaraan yang baik dalam kabin, menggunakan penapis HEPA, susunan tempat duduk ke hadapan dan kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang.

Jadi selepas ini, orang ramai yang ingin travel atau bercuti dengan menaiki kapal terbang diberi pilihan untuk memakai facemask atau tidak. Demi keselamatan dan jika masih selesa, apa salahnya untuk teruskan amalkan langkah pencegahan ini daripada dijangkiti Covid-19 semula kan.

Post a Comment

Previous Post Next Post