Drama Adakah Engkau Menungguku (TV3)

Drama Adakah Engkau Menungguku (TV3)

Menyusuli Cinta Buat Dara, Adakah Engkau Menungguku akan mengisi slot Lestary bermulai 29 September 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam disiarkan di saluran TV3 dan secara online di www.tonton.com.my

Drama bersiri 15 episod ini merupakan terbitan OrangeTree Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azmi Hata dengan nukilan skrip daripada Amin Shakib, Anina Sahal dan Eja Lorena.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Wanna Ali, Adam Lee, Neera Azizi, Farhan Asri, Nabil Aqil, Syafitee, Wani Kayrie, Bella Astilah, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Enot, Fiza Thomas, Ameerul Asyraf, Elanie Aidid dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Adakah Engkau Menungguku

Drama Adakah Menungguku mengisahkan tentang kehidupan Ariana (Wanna Ali) yang terpaksa melupakan kekasihnya untuk berkahwin yang terjalin selama 8 tahun kerana teman lelakinya dipaksa oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga.

Selepas itu, dengan kehadiran Ikmal (Adam Lee) telah mengubah hidup Ariana setelah takdir menghubungkan kehidupan mereka berdua. Ikmal juga telah kehilangan teman wanitanya kerana enggan mengikutnya ke Australia demi menjaga kedua orang tuanya.

Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh.

Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan.

Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Adakah Engkau Menungguku bermula 29 September 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di TV3

Drama Adakah Engkau Menungguku (TV3)

Drama Adakah Engkau Menungguku (TV3)

Post a Comment

Previous Post Next Post