Drama IMperfect (Astro Ria)

Drama IMperfect (Astro Ria)

Menyusuli The Maid 2, drama IMperfect merupakan siri Original Gempak seterusnya yang akan ditayangkan bermula 28 September 2022, setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria 104 dan astrogo.astro.com.my

Drama bersiri ini merupakan terbitan bersama syarikat produksi antara Juita Viden Sdn. Bhd. dan Filmscape dan ianya diarahkan oleh Helmi Yusof.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Bella Dowanna, Nia Atasha, Dini Schatzmann, Daniel Cheang, Linda Hashim, Natrah Khalid, Daniel Fong dan ramai lagi.

Sinopsis Drama IMperfect

Drama IMperfect mengishkan tentang kehidupan remaja yang obses terhadap media sosial. Ia meneroka identiti dalam dunia serba moden melalui persahabatan yang akrab tetapi penuh dengan toksi.

Liza (Bella Dowanna) iaitu seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan mahukan untuk menjadi pembantu peribadi kepada seorang influencer media sosial yang sangat dikaguminya iaitu Elena (Nia Atasha).

Atas usaha yang dilaluinya, siapa sangka akhirnya Liza berjaya memenui impiannya tersebut apabila diterima untuk menjadi pembantu kepada Elena. Sejak daripada itulah, hubungan persahabatan mereka menjadi rapat, akrab dan mempercayai satu sama lain.

Walaubagaimanapun, setiap yang indah tidak kekal lama termasuklah hubungan baik antara mereka apabila Liza mula cemburu dengan kehidupan Elena yang serba mewah sehinggalah satu tragedi buruk yang tidak diingini berlaku.

Apa yang terjadi antara mereka? Untuk ketahui kejadian sebenar, anda kena tonton sendiri drama ini di tv.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan IMperfect bermula 28 September 2022, setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama IMperfect (Astro Ria)

Drama IMperfect (Astro Ria)

Drama IMperfect (Astro Ria)

Post a Comment

Previous Post Next Post