Drama Sekali Lagi Cinta Kembali (TV3)

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Menyusuli Ku Punya Hati, Sekali Lagi Cinta Kembali akan mengisi slot Akasia bermula 13 September 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Drama 28 Episod yang diinspirasikan dari novel Sekali Lagi Cinta Kambali karya Anna Milia merupakan terbitan A. Aida Production Sdn. Bh., diarahkan oleh Riza Baharudin dengan nukilan skrip daripada Rehal Nuharis.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Siti Khadijah Halim, Aniq Suhair, Zaki Azeman, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar, Syamim Farid, Nina KSC, Shatirah Amanda, Ellyas Abdullah, Siti Hariesa, Kuza, Raja Azmi, Izzendra dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali mengisahkan tentang kehidupan Aira (Siti Khadijah) yang membawa diri setelah Imran berkahwin dengan adiknya, Hana dan bekerja di sebuah pusat terapi.

Kerana kesilapan yang dilakukan ketika bekerja tersebut, Aira terpaksa berhenti dan menjadi pengasuh Syafi dan membetulkan kembali keadaan dengan menyatukan semula keluarga Zafran (Zaki Azeman).

Dari situ juga, Aira bertemu dengan Hayyat (Aniq Suhair), abang kepada Zafran yang sering kali cuba untuk mencari gaduh dengannya. Dari benci bertukar cinta, dalam diam Hayyat jatuh cinta kepada Aira.

Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa sahaja.

Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Sekali Lagi Cinta Kembali bermula 13 September 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 malam di slot Akasia TV3 atau strim di aplikasi iQIYI Malaysia.

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Post a Comment

Previous Post Next Post