Senarai Kawasan 'Hotspot' Banjir Di Selangor Tahun 2022

Kawasan banjir hotspot di selangor untuk tahun 2022

Banjir bukanlah perkara yang asing bagi kita terutamanya rakyat Malaysia. Setiap tahun kebiasaanya pastinya akan ada tempat yang mengalami bencana ini baik kecil atau besar. Setiap tahun juga, kita perlu berjaga-jaga.

Kejadian ini adalah disebabkan kawasan Malaysia ini sendiri menerima taburan hujan tahunan yang tinggi. Monsun TImur Laut berlaku pada hujung tahun sekali gus membawa taburan hujan yang tinggi sekali gus membawa ancaman banjir terutamanya di kawasan rendah.

Dengan bencana ini pastinya akan ramai penduduk yang terkesan sehingga berlaku kerosakan harta benda, fasiliti perhubungan antara yang lain terjejas dan yang paling teruk boleh membawa maut dan kehilangan nyawa.

Lagi-lagi pula trend banjir sepertinya berlaku lebih kerap. Dulu paling teruk kita dengar setiap tahun hanya berlaku sekali sahaja bencana banjir. Kini berlaku beberapa kali dalam setahun di beberapa kawasan.

Disebabkan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah keluarkan senarai hotspot kawasan banjir mengikut negeri untuk tahun 2022 dimana ianya ditentukan berdasarkan kekerapan banjir; 3 kali atau lebih dari rekod kawasan banjir tahun 2019 hingga 2022.

Dengan adanya rekod ini, penduduk yang berada di kawasan tersebut boleh bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja jika berlaku kekerapan hujan terutamanya bila tiba hujung tahun.

Senarai Kawasan Hotspot Banjir Di Negeri Selangor

Berikut merupakan senarai hotspot banjir di negeri Selangor mengikut daerah:

Klang

  1. Taman Sentosa
  2. Jalan Kebun
  3. Kg. Bukit Naga
  4. Bukit Kemuning
  5. Taman Melawis @ Taman Teluk Pulai
  6. Jalan Bakti
  7. Kg. Delek
  8. Taman Daya Meru
  9. Taman Bukit Kemuning
  10. Taman Rashna
  11. Taman Sri Muda
  12. Taman Intan
  13. Jalan Tunku Kelana
  14. Taman Meru Utama

Petaling

  1. Kampung Budiman
  2. Kampung Kuala Sungai Baru
  3. Kampung Baru HICOM, Seksyen 26
  4. Jalan S/K 9 / SK Sri Serdang
  5. Seksyen 13, Petaling

Gombak

  1. Taman Sri Selayang
  2. Jln B27 Jusco Rawang
  3. Taman Rahmat Jaya
  4. Kg. Sg. Kertas
  5. Jalan 11C Selayang Baru
  6. Jalan 21, 23 & 62 Selayang Baru
  7. Jalan Laksamana 10 Selayang
  8. India Settlement

Hulu Langat

  1. Kampung Batu 10, Jln Cheras
  2. Kampung Sungai Serai
  3. Kampung Sungai Sekamat
  4. Kampung Sungai Michu
  5. Sesapan Batu Rembau
  6. Felcra Kg. Sg. Semungkis
  7. Kg. Gs. Gahal (4)
  8. Jalan Reko
  9. Kg. Sungai Jernih

Sepang

  1. Kg. Giching
  2. Kg. Salak Tinggi
  3. Kg. Chemperai
  4. Kg. Sri Tanjung
  5. Kg. Ampar Tenang / Kg. Lalang
  6. Kg. Sg. Merab Jaya
  7. Taman Delima, Dengkil
  8. Kg. Org. Asli Sg. Melut (Seberang)
  9. Kg. Desa Putra, Sg. Merab

Kuala Langat

  1. Taman Sri Jaromas, Jenjarom

Sabak Bernam

  1. Jln Sg. Panjang-Tanjung Malim (KM44-KmM45)
  2. Bt 23, Sg. Nibong

Kuala Selangor

  1. Kg. Sri Sentosa
  2. Kg. Parit Mahang
  3. Kg. Rantau Panjang
  4. Kampung Sri Aman

Hulu Selangor

  • Tiada

Senarai Kawasan 'Hotspot' Banjir Di Selangor Tahun 2022

Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post