Aplikasi beIN Sports, iQIYI & TVBAnywhere+ Kini Tersedia Di Astro Ultra Box

Aplikasi beIN Sports, iQIYI & TVBAnywhere+ Kini Tersedia Di Astro Ultra Box

Berita baik yang ditunggu-tunggu oleh semua pengguna Ultra Box apabila Astro telah melancarkan secara rasmi tiga lagi aplikasi baru di peranti tersebut iaitu beIN Sports Connect, iQIYI dan TVBAnywhere+.

Dengan ini, pengguna kini boleh menstrim lebih banyak sukan global secara siaran langsung dan juga kandungan hiburan Asia termasuk drama dan filem Korea, Cina, Hong Kong, Anime dan kandungan tempatan di TV.

Sebelum ini, Astro telah melacarkan aplikasi perkhidmatan penstriman global iaitu Netflix dan Disney+ Hotstar. Sejak daripada itu, lebih 600,000 pelanggan Ultrax Box termasuk Ulti Box boleh menstrim rancangan menerusi TV sahaja tanpa perlu menggunakan peranti lain.

BACAPelanggan Astro Boleh Menonton Netflix Di Ultrabox Dan Ultibox

Ini pastinya memberikan pengalaman hiburan yang lancar dan menyeronokkan. Kini lebih aplikasi tersedia dalam satu tempat.

beIN Sports Connect

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengakses pelbagai kandungan sukan antaranya liga bola sepak Eropah seperti UEFA Champions League dan UEFA Europa League secara siaran lansung dan juga boleh menonton secara on-demand.

Kini, pelanggan Astro yang melanggan Sports boleh mengakses semua kandungan di aplikasi tersebut di Ultra Box atau pada aplikasi mudah alih yang lain untuk tontonan on-the-go. Info lanjut, boleh pergi ke www.astro.com.my/beINSPORTSCONNECT

iQIYI

Peminat drama dan filem dari China, Hong Kong, Korea atau peminat Anime pasti menggemari aplikas ini. Banyak kandungan menarik yang ditawarkan.

Bukan itu sahaja, nak tengok drama melayu pun ada banyak antaranya 7 Hari Mencintaiku 3, Cukup Derita Itu dan terbaru Rampas Cintaku boleh strim di iQIYI.

Astro menawarkan langganan VIP Standar dan VIP Premium dengan harga istimewa iaitu RM4.90 untuk bulan pertama bermula hari ini sehingga 20 September 2022. Daftar iQIYI sekarang di www.astro.com.my/iqiyi

TVBAnywhere+

Peminat drama Hong Kong (TVB) kini boleh strim drama terkini, variety show, dan kandungan asli tanpa had menerusi aplikasi ini. Ada Against Darkness, Super Trio Returns, Ghost Bushwhacker dan banyak lagi.

Untuk info lanjut mengenai aplikasi TVBAnywhere+, boleh rujuk sini www.astro.com.my/tvbanywhereplus

Cara Untuk Akses Aplikasi-Aplikasi Baru

Jadi untuk akses aplikasi baru; beIN Sports Connect, iQIYI dan TVBAnywhere+ di Ultra Box, anda hanya perlu tekan butang 'Home' pada remote.

Pada bahagian 'Apps', pilih aplikasi yang anda ingin akses. Ikuti sahaja langkah yang terpapar diskrin untuk log in menggunaakn ID Astro anda dengan peranti mudah alih dan sambungkan akaun dengan Ultra Box.

Dah setel semua, now boleh la strim rancangan kegemaran anda!

Post a Comment

Previous Post Next Post