Drama Tunggu Dulu Cinta (TV1)

Drama Tunggu Dulu Cinta

Tunggu Dulu Cinta akan mengisi slot Widuri bermula 14 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang di saluran RTM di TV1 atau secara striming di RTM Klik rtmklik.rtm.gov.my

Drama bersiri 26 episod yang diinspirasikan dari novel Tunggu Dulu Cinta karya Ayu Emelda merupakan terbitan Juita Viden Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zamri Zakarian dengan nukilan skrip oleh Faten Syamimie dan Mardhiah Syamsudin.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Sarah Hildebrand, Hafreez Adam, Hazman Al Idrus, Izzy Reef, Wan Aqim, Fifi Laura Olivia, Kay Maria, Hannah Halim, Nasz Sally, Shasha Edora, Syafiq Aiman, Aryan Naim, Badrul Muhayat, Azman Jantan, Amar Asyraf dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta

Drama Tunggu Dulu Cinta mengisahkan tentan Kamal (Hafreez Adam) dan Aivy (Sarah Hildebrand) yang dengan rela hati berkahwin walaupun antara keduanya tidak menjalinkan hubungan cinta.

Mereka juga telah berjanji untuk bercinta selepas nikah dan berbahagia seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun, Kamal tidak menunaikan janjinya kepada Aivy. 

Semuanya kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Jauh di sudut hati Kamal masih mengharapkan cinta daripada gadis itu.

Sementara itu Aivy pula dalam diam sudah jatuh cinta kepada Kamal. Dia mula menyayangi suaminya itu meskipun Kamal tidak menyedarinya. Aivy tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya.

Kemunculan Khairy (Hazman Al Idrus) sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya.

Campur tangan dari ahli keluarga Kamal yang tidak menyebelahi dirinya menyebabkan Aivy mengambil keputusan untuk membawa diri ke kampung.

Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah mereka kembali membina mahligai bahagia bersama?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Tunggu Dulu Cinta bermula 14 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang di slot Widuri TV1 atau strim di RTM Klik

Drama Tunggu Dulu Cinta

Drama Tunggu Dulu Cinta

Drama Tunggu Dulu Cinta

Post a Comment

Previous Post Next Post