Tonton Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Tonton Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Menyusuli The Maid musim pertama, siri Gempak Original kini kembali untuk The Maid 2 yang akan mula bersiaran pada 6 Julai 2022, setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro Ria dan strim di Astro Go.

Drama bersiri 12 episod ini merupakan terbitan Juita Viden Sdn. Bhd., diarahkan oleh dua pengarah hebat iaitu Michael Ang dan Hadith Omar dengan nukilan skrip daripada Sham Hashim dan Nazri Vovinski.

Ianya menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Sherry Alhadad, Datin Seri Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil, Norman Hakim, Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean, Aniq Suhair dan ramai lagi.

Sinopsis Drama The Maid 2

Drama The Maid 2 merupakan sequel daripada musim pertama yang mana mengisahkan tentang Suhana, Nadia dan Fika yang baru sahaja diceraikan oleh Jay selepas mengahwini Qina (Marsha Milan), isterinya yang paling baharu dan muda. Situasi mereka bertambah buruk apabila harta mereka telah berpindah milik kepada Jay setelah Jay berjaya memperdayakan mereka untuk menandatangani satu surat.

Justeru, Suhana (Sherry Alhadad), Nadia (Eina Azman) dan Fika (Ezzaty Abdullah) mula berbaik dengan satu sama lain dan merancang untuk membalas dendam kepada Jay (Norman Hakim). Jay dan Qina pergi bercuti di sebuah resort yang terletak di Pulau Dao. Resort itu baru sahaja diambil alih oleh Qina. Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori Jay ke resort itu dengan senyap untuk membunuhnya.

Ketika mereka berada di resort, mereka terserempak dengan Remy (Nabil Aqil) yang kini bekerja sebagai Ketua Pengawal Keselamatan. Remy berasa hairan kerana mereka semua check in ke dalam hotel itu menggunakan identiti palsu.

Namun, sebelum mereka sempat melaksanakan perancangan untuk membunuh Jay, Jay telah ditemui mati di kolam renang resort itu. Situasi bertambah buruk apabila resort itu diarahkan untuk tutup dan dikawal dengan ketat supaya tiada sesiapa pun dapat melarikan diri ketika siasatan dijalankan.

Keadaan menjadi lebih bahaya apabila mereka semua turut diancam oleh pembunuh misteri. Siapakah pembunuh misteri pada kali ini?

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan The Maid 2 bermula 6 Julai 2022, setiap hari Isnin, jam 9.30 malam di Astro Ria 104, tonton secara On Demand atau strim secara online di Astro Go.

Tonton Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Tonton Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Post a Comment

Previous Post Next Post