Tonton Drama Cinta Buat Dara (TV3)

Drama Cinta Buat Dara

Menyusuli Honeymoon, drama Cinta Buat Dara akan mengisi slot Lestary bermula 24 Ogos 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Drama bersiri 20 episod bukan adaptasi merupakan terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ng Ken Kin dan penulisan skrip daripada Shida Zali, Mia Marziah Manaf dan Eita Cordoba.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Riena Diana, Syafiq Kyle, Sean Lee, Afifah Nasir, Shah Rezza, Rozita Che Wan, Angeline Tan, Sharifah Shahora, Henzi Andalas, Adam Shahz, Nik Adam Mika, Badrul Muhayat, Wan Nor Azlin, Kenji Sawahi dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Cinta Buat Dara

Drama Cinta Buat Dara mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dara (Riena Diana( yang kasar dan selalu menimbulkan masalah kepada ibunya beserta seorang jejak bernama Hariz (Syafiq Kyle) iaitu seorang peminat muzik yang mempunyai ego yang tinggi.

Dara dihantar ke kampung untuk dilatih menjadi gadis yang sopan oleh makciknya yang terkenal di pekan iaitu Kak Ros (Rozita Che Wan) yang juga bekas juara ratu kebaya. Di kampung, ada pula jejaka-jejaka yang menaruh hati padanya.

Pada suatu hari, Harun (Dato' Shah Rezza) iaitu ayah kepada Hariz jatuh sakit dan disebabkan itulah Hariz perlu take over menguruskan kedai runcit ayahnya tersebut.

Disebabkan dia perlukan pembantu di kedainya, Hariz telah mengupah Dara yang telah dihantar ke kampung tersebut. Dari situlah mereka bergaduh, bertumbuh dan berkenalan antata satu sama lain.

Selalu bersama dan hari-hari berjumpa, Hariz dan Dara secara diam-diam menyukai antara satu sama lain. Namun, Atirah (Afifah Nasir) si gadis misteri yang pernah dibual Hariz, tiba-tiba datang menghalang.

Adakah hubungan Dara dan Hariz akan terus bersatu? Atau akhirnya gadis misteri tersebut berjaya mencuri hati Hariz?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Cinta Buat Dara bermula 24 Ogos 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, 9.00 malam di saluran TV3 dan iQIYI Malaysia.

Drama Cinta Buat Dara

Drama Cinta Buat Dara

Post a Comment

Previous Post Next Post