Senarai Penyampai Baru Radio Hot FM. Johan & Fizi Ali Pun Ada!

Senarai Penyampai Baru Radio Hot FM

Bukan sahaja radio ERA, stesen radio yang pernah hangat dengan jolokan Radio Paling Hangat iaitu Hot FM kini juga tampil dengan pembaharuan baru iaitu barisan penyampai radio dan juga tagline juga nampaknya menggunakan yang baru.

Pembaharuan ini pastinya ingin memberikan sesuatu yang berbeza kepada pendengar terutamanya bagi kandungan atau pengisian yang lebih segar, lebih lucu dengan celoteh dan gelak tawa yang pastinya mampu menghiburkan kepada pendengar.

Kesemua nafas baru yang diperkenalkan ini akan bermula pada 2 Ogos 2022 iaitu pada hari Selasa. Jadi semua pendengar di seluruh Malaysia, anda boleh tune in radio anda pada hari tersebut untuk merasai kehangatan yang lebih.

Tagline Baru Hot FM

Sebelum melihat senarai penyampai radio yang baru, terlebih dahulu pihak pengurusan Hot FM telah membuat pertukaran tagline iaitu bagi tujuan memastikan pendegar akan sentiasa lebih dekat bersama radio kesayangannya tersebut.

Jika sebelum ini Hot FM dengan tagline Kini 'Lebih Muzik Yang Hangat', kini ianya telah ditukarkan kepada 'Yang Hangat Dan Terbaik'.

Senarai Barisan Penyampai Radio Terbaru Hot FM

Untuk pembaharuan kali ini, Hot FM membawa dua tonggak baru iaitu Johan Raja Lawak dan Fizi Ali bagi menyertai barisan penyampai radio yang pastinya lebih hangat dan terbaik.

Senarai Penyampai Baru Radio Hot FM

Johan akan digandingkan bersama Fara Fauzana dan AG di slot pagi dengan segmen yang baru iaitu Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat. Manakala Fizi Ali ditempatkan di slot petang bagi segmen Sembang Squad bersama-sama Fad Bochey.

Senarai penyampai dan segmen terbaru Hot FM bermula 2 Ogos 2022:

Isnin hingga Jumaat (6.00 Pagi - 10.00 Pagi) - Segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat

  • Johan, Fara Fauzana & AG

Isnin hingga  Jumaat (10.00 Pagi - 3.00 Petang) - Segmen Hot FM Non Stop Empat Lima

  • Ayu
  • Mengfokuskan kepada 45 minit lagu tanpa iklan, music special dan ulangan segmen pagi

Isnin hingga Jumaat (3.00 Petang - 7.00 Malam) - Segmen Sembang Squad

  • Fad & Fizi Ali

Isnin hingga Jumaat (8.00 Malam - 12.00 Tengah Malam) - Segmen Hot Flix

  • Imran Aqil
  • Mengfokuskan kepada pendengar generasi muda, hiburan dan pendengar aktif dalam media sosial, gamers dan influencers.

Pembaharuan Lain

Hot FM Zoomerz kini kembali. Anda boleh jumpa 'Duta Jalanan Hot FM' di lapangan dan lokasi yang dikongsikan setiap hari yang akan diumumkan di radio. Anda boleh dapatkan pelbagai barangan eksklusif Hot FM dan produk pensampelan.

Jadi jangan lupa untuk dengarkan Hot FM di radio atau boleh juga live streaming di www.hotfm.audio dan Youtube Hot TV.

Post a Comment

Previous Post Next Post