Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat (Tulisan Rumi & Makna)

Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat

Doa Iftitah antara perkara sunnah yang sangat dianjurkan untuk umat Islam dalam menjalankan Ibadah Solat sama ada Solat Wajib atau Solat Sunat.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam sangat penting dan perlu tahu bacaan doa Iftitah tersebut. Bila waktu bacaan, cara bacaan dengan betul dan kelebihan bagi mereka yang melakukannya.

Maksud Iftitah itu sendiri adalah pembuka jadi bacaan doa ini dilakukan pada rakaat pertama selepas mengangkat takbir (takbiratul ihram) iaitu sebelum membaca Al-Fatihah.

Sebagai panduan, berikut merupakan bacaan doa iftitah beserta maksud dan untuk mempermudahkan disertakan bersama ejaan Rumi. Semoga membantu bagi mereka yang masih baru belajar solat.

Bacaan Doa Iftitah

Bacaan Doa Iftitah

Maksud Doa Iftitah

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah.

Maha Suci Allah pagi dan petang.

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam.

Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Bacaan Doa Iftitah Dalam Ejaan Rumi

Bacaan Doa Iftitah Dalam Rumi

Hukum Dan Kelebihan Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat

Bacaan doa Iftitah di dalam solat adalah sunat dan merupakan tuntuan Nabi SAW. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak membacanya, solat tidak batal dan tidak perlu sujud sahwi. Boleh dibaca sama ada ketika solat fardu atau solat sunat.

Doa Iftitah merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan Allah SWT. Selain itu, Nabi SAW mengajar kita dimana kelebihan doa Iftitah ini adalah termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat seperti dalam sabda baginda :

"Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum di bertakbir, memuji Allah, menyanjungNya dan membaca ayat-ayat al-Quran yang mudah baginya (dihafalnya)..."

[Sahih: Sebahagian daripada hadis yang panjang yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856.]

Semoga perkongsian berkaitan Doa Iftitah ini membantu bagi mereka yang masih baru belajar solat dan sekali gus  memberi manfaat kepada kita semua bagi menyempurnakan baik solat fardhu atau solat sunat kita. 

Post a Comment

Previous Post Next Post