Koleksi Contoh Pickup Line Melayu Terbaik & Romantik

Koleksi Contoh Pickup Line Romantik ~ Ciaa Ciaa Ciaa

Ciaa Ciaa Ciaa~ inilah antara ungkapan yang biasa kita dengar kalau ada yang bagi pickup line romantik kepada si dia mungkin untuk luahkan rasa cinta atau langkah awal untuk mengorat si buah hati kan.

BACA : Teka-Teki Romantik Untuk Pasangan Tersayang

Kadang-kadang perempuan ini perlukan juga ungkapan romantik sekali gus merasakan mereka diberi perhatian dan si lelaki juga kena pandai lah luahkan kata-kata yang mampu mencairkan hati si dia.

Pickup Line ni mungkin dalam gurauan dan dalam masa yang sama memuji kekasih hati. Siapa je yang tak minat pujian kan. Jadi kena pandailah gunakan dengan mengikut situasi yang sesuai.

Senarai Contoh Pickup Line Romantik Untuk Si Dia

Jadi nak tahu contoh-contoh pickup line romantik yang anda boleh gunakan, anda boleh tengok sini senarai 50 ayat romantis untuk diluarkan kepada si dia sebagai tanda sayang.

1.  Saya pergi klinik tadi untuk check mata dan saya tengah bimbang ni.
Kenapa dengan mata awak?
"Doktor kata dalam mata saya ada awak"

2.  Awak tahu tak persamaan saya dengan monyet?
Tak tahu
"Monyet sukan kalau dapat pisang, saya kalau tak dapat awak pishang..."

3.  Awak tahu apa beza awak dengan ubi?
Tak tahu
"Ubi tu diam-diam berisi, awak tu diam-diam saya jatuh cinta"

4.  Awak dah makan nasi?
Sudah, kalau tak makan nasi saya lemau
"Macam tu la saya lemau kalau takda awak"

5.  Jom saya hantar awak balik rumah mak awak!
Kenapa?
"Sebab nak ucap terima kasih pada awak sebab lahirkan seorang yang penyabar macam awak"

6.  Awak nak minum air apa-apa tak?
"Saya nak air (i) cannot live without you"

7.  Awak jangan kerap keluar malam tau.
Taklah, saya tak keluar malam pun
"Habis tiap-tiap malam awak datang dalam mimpi saya tu apa"

8.  Hari ni hari apa ya awak?
Hari ni hari Khamis
"Bukanlah, saya rasa hari ini awak cantik sangat"

9.  Apa nama penuh awak ya?
Kenapa nak tahu nama penuh saya?
"Supaya senang ingat hari pernikahan kita nanti"

10.  Awak tahu apa beza awak dengan sardin?
Tak tahu, apa beza dia?
"Sardin dalam tin, awak dalam hati saya"

11.  Awak tahu apa persamaan awak dengan laut?
Tak tahu, apa dia?
"Dua-dua memabukkan saya"

12.  Saya selalu dengar nama awak tau.
Ye ke? Dekat mana
"Dalam setiap doa saya"

13.  Awak suka main kuda?
Suka, main kuda padi, kenapa?
"Tapi saya tak suka kuda padi, sebab saya kudapat sepenuhnya hatimu"

14.  Awak nampak jag tak?
Tak nampak lah, jag nak buat apa ya?
"Sebab saya jaga awak hingga ke Jannah"

15.  Cuba awak kira pasir-pasir di pantai
Tak boleh la awak, banyak sangat
"Banyak kan, sebanyak itulah cinta saya pada awak"

16.  Esok hari apa yang awak?
Esok hari Sabtu
Awak tahu apa beza awak dengan hari Sabtu?
Tak tahulah
"Sabtu orang panggil weekend, awak love never end"


17.  Awak suka iPhone?
Ya suka
"iphone (i pun) suka you"

18.  Awak tahu tak beza awak dengan pensil?
Tak tahu lah
"Pensel untuk tulis, awak dah tertulis untuks saya"

19.  Awak tahu apa makan Ikan?
IKAN - Indahnya Kau Aku Nikah

20.  Awak sayang diri awak?
Mestilah sayang
"Saya rasa tak patut, sebab itu tanggungjawab saya untuk menyayanyi awak"

21.  Awak tak penat ke berlari hari-hari?
Mestilah penat
"Macam tulah saya penat mengejar cinta awak"

22.  Awak suka kicap kan?
Suka...
"Tapi saya suka awak"

23.  Awak tolong ambil air boleh?
Air apa awak nak?
"Air (I) love you"

24.  Awak tahu tak bateri phone tak tahan lama?
Ye ke?
"Ye, tapi cinta saya pada awak tahan selamanya"

25.  Awak tahu apa beza awak dengan kamera?
Tak tahu
"Kamera menyimpan kenangan, awak mencipta kenangan dengan saya"

26.  Kalau nak ikat lembu, guna tali kan?
Ye betul
"Tapi kalau you nak ikat i, tak perlu guna tali, guna family you untuk pinang i"

27.  Hi, is you name Aina?
"Cause aina ajak you keluar boleh?"

28.  Apa beza awak dengan gula-gula?
Apa beza dia?
"Gula-gula manis di mulut, tapi awak manis di hati saya"

29.  Apa beza awak dengan mahkota?
Tak tahu
"Mahkota bertakhta di kepala tapi awak bertakhta di hati saya"

30.  Awak, hari mana nak masukkan cincin masa nikah?
Jari manis
"Salah, jari awaklah"

31.  Awak kenal Doraemon tak?
Kenal, kenapa?
Dia boleh keluarkan apa sahaja barang dari poket dia kan. Tapi satu je tak tak boleh keluarkan
Apa dia?
"Dia tak boleh keluarkan cinta awak dari hati saya"

32.  Kenapa awak pakai cermin mata hitam malam-malam ni?
"Sebab masa depan kita terlalu cerah"

33.  Awak nak tanya boleh?
Boleh, tanyalah
Kalau malama-malam kan, kita tutup lampu, bilik jadi apa ek?
Jadi gelap
"Macam tu lah hari-hari tanpa cinta awak, gelap!"

34.  Apa beza awak dengan toyol?
Tak tahu, apa beza dia?
"Toyol curi duit, tapi awak curi hati saya"

35.  Apa beza awak dengan lipan?
Tak tahu...
"Lipan kakinya banyak, awak sayangnya banyak"


36.  Awak tahu sebab apa hujan turunya air?
Sebab apa?
"Sebab kalau awak turun, jadi rebutan ramai"

37.  Awak tahu apa persamaan awak dengan kentut?
Tak tahu, apa persamaanya?
"Dua-dua saya tak boleh tahan"

38.  Awak tahu kenapa saya selalu bawa kompas jumpa awak?
Tak tahu, kenapa?
"Sebab bila saya tengok awak, saya macam hilang arah plak"

39.  Awak tahu persamaan awak dengan dodol?
Tak tahu, apa dia?
"Persamaan dia, dua-dua saya nak kacau"

40.  Awak tahu kenapa laut tu masin?
Ye ke? Tak tahu la
"Laut tu masin, sebab manisnya ada pada awak"

41.  Aku cinta padamu dalam bahasa inggeris apa ya awak?
I love you...
"I Love You Too"

42.  Awak tahu tak malam apa yang menakutkan?
Tak tahu la, malam apa?
"Malam-malamku tanpa kamu"

43.  Awak ni cantik tau tapi sayang...
Kenapa sayang?
"Akhirnya awak panggil saya sayang"

44.  Awak tahu apa rasa cuka?
Tahu, rasa masam...
Tapi ada cuka manis...
Cuka apa?
"Saya cuka pada awak"

45.  Awak tahu apa beza awak dengan jam dinding?
Tak tahu, apa dia?
"Jam dinding tunjukkan masa, awak tunjukkan masa depan kita"

46.  Awak hari ini hari apa?
Hari ni hari Rabu
"Salah! Hari ni hari awak cantik sangat"

47.  Awak tahu tak kenapa bulan tu bulat?
Tak tahu kenapa?
"Sebab kalau bulan tu bentuk hati, saya dah bagi kat awak"

48.  Kalau awak tutup mata nampak apa?
Saya tak nampak apa-apa
"Macam tu la hidup saya tanpa awak disisi"

49.  Awak tahu apa beza awak dengan tenggiling?
Tak tahu!
"Tenggiling itu eksotik, awak fantastic!"

50.  Kampung awak kat mana ya?
Kampung saya di Kelantan
"Tipu, tipu... Biasanya orang cantik ini asalnya di kayangan"

51.  Apa beza awak dengan sekolah kebangsaan?
Tak tahu, apa bezanya?
"Sekolah kebangsaan milik kerajaan, awak milik saya"

52.  Banyak ayat-ayat pickup line saya dah kongsikan, tapi sebenarnya tak pandai pun pickup line ni
Ye ke?
"Ye betul, saya tak tak pandai pickup line, tapi pikat awak saya pandai"

Ciaa... Ciaa... Ciaa

Jadi ini antara ayat pickup line romantik versi Melayu yang anda boleh gunakan untuk pikat hati kekasih hati anda supaya mudah cair dengan anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post