Contoh Teka-Teki Dan Pickup Line Romantik Untuk Anda Gunakan Pada Pasangan Anda

Contoh Teka-Teki Dan Pickup Line Romantik

Salah satu cara untuk menaikkan mood romantik bersama pasangan adalah dengan memberi jenaka. Anda boleh sampaikan dalam bentuk teka-teki atau pun pickup line yang selalu orang sekarang gunakan.

Mungkin jika pasangan anda dalam mood tidak baik ataupun merajuk, mungkin dengan cara ini dapat menaikkan kembali semangatnya sekali gus timbul rasa kasih sayang. Tapi pastikan jenaka teka-teki itu kena dengan keadaan tau.

Jadi disini, kami kongsikan beberapa jenaka dengan cara beri teka-teki atau beberapa pickup line yang anda boleh guna untuk sampaikan kepada pasangan masing-masing.

Teki-Teki Romantik Untuk Pasangan Anda

Ini merupakan contoh 10 teka-teki romantik yang anda boleh gunakan untuk pasangan baik isteri atau kekasih hati.


Contoh 1

Malam apa yang paling menakutkan?
Malam-malam aku sendiri tanpa kamu disisi

Contoh 2

Bola apa yang pandai menangis?
Bola mataku bila melihat dirimu pergi meninggalkanku

Contoh 3

Belajar apa yang paling saya suka?
Belajar mencintaimu setulusnya

Contoh 4

Kipas apa yang ditunggu-tunggu wanita?
Dikipas pengapit sewaktu berdua di atas pelamin

Contoh 5

Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa yang paling bahagia?
Rumah tangga kita

Contoh 6

Apa beza jam dinding dengan awak?
Kalau jam dinding dipasang di dinding, kalau awak dipasang di hati saya

Contoh 7

Cicak apa yang boleh membunuh?
Cicik (sesak) nafas melihat senyumanmu

Contoh 8

Panda apa yang membuatkan senang hati?
Pandangan awak setiap hari

Contoh 9

Mandi apa yang tidak basah?
Mandirikan rumah tangga bersama awak

Contoh 10

Awan apa yang membuat saya bahagia?
Awanna be with you forever

Pickup Line Untuk Pasangan Bercinta

Ini antara 20 contoh Pickup line ini anda boleh luahkan kepada isteri/suami atau kekasih anda. Ianya juga boleh digunakan jika mula-mula untuk tackle atau mengorat atau mengambil hati si dia.

Boleh dapatkan lebih ayat pickup line confirm cair disini

Biasa kita dengar, selepas lontarkan pickup line, jangan lupa akhiri dengan ciaa ciaa ciaa

Contoh 1

Awak nak tahu tak apa beza awak dengan banduan?
"Banduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya"

Contoh 2

Awak cuci muka pakai gula eh? Eh taklah, kenapa?
"Sebab muka awak nampak manis sangat buat saya"

Contoh 3

Awak tak penat ke? Tak laa.. kenapa?
"Sebab sepanjang hari awak asyik berlegar-legar dalam kepala saya"

Contoh 4

Awak saya sakit lah. Sakit apa?
"Sakit mencintai awak secara diam-diam"

Contoh 5

Saya teringin nak kepak. Kepak apa, kepak ayam ke?
"Eh tak lah, saya teringin nak kepak kepak keboom keboom dengan awak"

Contoh 6

Ingat saya lagi? Saya Joe. Joe apa?
"Joedoh awak"

Contoh 7

Are you a Malaya?
"Coz you make my air liur malaylay"

Contoh 8

Awak tahu tak apa beza awak dengan kepala paip masjid? Tak tahu, apa bezanya?
"Kalau kepala paip masjid saya nak ambil wuduk, kalau awak saya nak batalkan wuduk"

Contoh 9

Awak tahu tak apa beza awak dengan bulan? Tak, apa bezanya?
"Kalau bulan memberi cahaya kepada bumi, kalau awak memberi cahaya ke hati saya"

Contoh 10

Awak saya takutlah. Takut apa?
"Takut kehilangan awak"

Contoh 11

Tahu tak, saya sampai sekarang masih belum boleh membaca. Yeke, awak nak baca apa?
"Baca isi hati awak"

Contoh 12

Hi u, is your name Aida? Cause i da lama suka pada u

Contoh 13

Awak kenal tak mana-mana tukang kayu? Taklah, kenapa?
"Kerana saya nak pahat nama dan wajah awak di hati saya"

Contoh 14

Awak saya nak jam. Jam apa?
"Jambatan ke hati awak lah"

Contoh 15

Banyak-banyak jalan kenapa awak nak jalan sini?
"Sebab jalan ini sahaja yang menuju ke hati awak"

Contoh 16

Betul ke awak dituduh mencuri sebelum ini?
"Sebab awak hampir mencuri hati saya"

Contoh 17

Doraemon mungkin boleh keluarkan macam-macam daripada poket dia,
"tapi Doraemon takkan mampu untuk keluarkan awak dari hati saya"

Contoh 18

Awak tahu apa beza saya dengan toyol? Tak tahu
"Toyol curi duit awak, saya curi hati awak"

Contoh 19

Orang Terengganu sebut makan ialah makang, kalau sebut ayam apa?
"Ayang"
"Ye saya"

Contoh 20

Awak tinggal kat mana? Saya tinggal di Kuala Lumpur.
"Tipu! orang secantik awak sepatutnya tinggal di kayangan"

Memang cairlah siapa yang dapat teka-teki atau pickup line ni nanti. Baru sweet kan untuk orang yang tersayang.

Post a Comment

Previous Post Next Post