Aplikasi Disney+ Hotstar Kini Tersedia Di Ulti Box

Aplikasi Disney+ Hotstar Kini Tersedia Di Ulti Box

Sebagai sebahagian daripada komitmen Astro untuk menyampaikan pengalaman tontonan yang lebih mudah dan lancar, mereka kini teruja untuk memperkenalkan aplikasi Disney+ Hotstar di Ulti Box.

Aplikasi ini buat pertama kali dilancarkan di Ultra Box pada awal tahun ini akan tersedia mulai hari ini untuk semua pelanggan Ulti Box dengan langganan Disney+ Hotstar yang aktif. Mereka akan dapat menikmati faedah aplikasi Disney+ Hotstar.

Dengan penambahan perkhidmatan penstriman popular ini, pelanggan Ulti Box kini boleh bertukar antara saluran tempatan yang popular dengan kandungan-kandungan hiburan tanpa henti daripada aplikasi Disney+ Hotstar tanpa perlu meninggalkan antaramuka Astro yang pastinya membolehkan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan menyeronokkan untuk semua.

Pelancaran ini bertepatan dengan keluaran kandungan Disney+ Hotstar yang dinanti-nantikan, termasuk K-drama Big Mouth, She-Hulk Marvel Studios, The Bear, drama bersiri tentang chef muda, Pinocchio (akan datang pada 8 September) live action, Thor: Love and Thunder dan banyak lagi.

Aplikasi Disney+ Hotstar Kini Tersedia Di Ulti Box

Aplikasi Disney+ Hotstar Kini Tersedia Di Ulti Box

Ulti Box yang mempunyai perkhidmatan HD akan membenarkan pelanggan menstrim rancangan kegemaran mereka tanpa gangguan dan boleh strim sehingga 90,000 kandungan On Demand dengan lancar menerusi peranti mereka.

Cara Akses Disney+ Hotstar Di UltiBox

Untuk mengakses Disney+ Hotstar di Ulti Box, tekan "Home" pada alat kawalan jauh Astro anda. Untuk pengguna kali pertama, pilih "Disney+ Hotstar" menerusi rail "Apps" dan ikuti langkah yang tertera di skrin untuk memasang akaun Disney+ Hotstar anda.

⏩ Dapatkan Remote Control Ulti Box Origina - DISINI

Setelah selesai, anda akan mendapat akses segera ke kandungan-kandungan hiburan tanpa henti Disney+ Hotstar! Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi Disney+ Hotstar di Ulti Box.

Untuk mendapatkan akses Disney+ Hotstar sebagai sebahagian daripada langganan Astro anda, pelanggan baharu boleh mendaftar untuk Pek Movies (RM59.00 sebulan), Premium 1 (RM99.99 sebulan), Premium 3 (RM99.99 sebulan) atau Platinum (RM99.99 sebulan) dan nikmati kadar istimewa ini selama enam bulan** dengan melayari astro.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post