Tonton Drama Honeymoon Di TV3 (Slot Lestary)

Tonton Drama Honeymoon Di TV3

Menyusuli Melur Untuk Firdaus, drama Honeymoon akan mengisi slot Lestary bermula 16 Julai 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 atau boleh strim secara online di Disney+ Hotstar.

Drama bersiri 20 episod yang diinspirasikan dari novel Honeymoon karya Nurhayati Ishak merupakan terbitan Mache Allstar United Sdn. Bh., diarahkan oleh Pali Yahya serta nukilan skrip oleh Natasya Farhana.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Zara Zya, Ben Amir, Hanna Aqeela, Wanns Ahmad, Dynas Mokhtar, Rashdan Baba, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Honeymoon

Drama Honeymoon mengisahkan tentang Moon (Zara Zya) dan Ilham (Ben Amir) yang mana mereka mempunyai perbezaan watak yang sangat ketara antara satu sama lain.

Moon memiliki saiz tubuh yang besar tetapi perangainya lurus bendul dan banyak cakap. Manakala Ilham pula seorang yang penuh rahsia dan sangat pendiam. Namun, rezeki merek bertemu secara tidak sengaja.

Oleh itu, Moon dijodohkan dengan ilham tanpa mengetahui siapakah tunangannya itu. Walaupun mereka telah bertemu di tepi sungai, tetapi ketika itu mereka masih lagi belum mengenali antara satu dengan yang lain.

Selepas berkahwin, hubungan rumah tangga mereka bergolak apabila Ilham terlalu sibuk dengan kerjayanya. Maka Moon pula geram dengan perangai Ilham dan ingin merancana sesuatu terhadap suaminya.

Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Ilham berjaya menyelamatkan rumah tangga mereka dan kembali kepada isterinya itu?

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Honeymoon setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di TV9 atau strim secara online di Disney+ Hotstar.

Drama Honeymoon Di TV3

Drama Honeymoon Di TV3

Post a Comment

Previous Post Next Post