SPayLater Shopee Kini Patuh Syariah

SPayLater Shopee Kini Patuh Syariah

Pihak Shopee telah mengemas kini penawaran bayaran secara BNPL (Buy Now Pay Later) yang juga dikenali sebagai SPayLater kini patuh Syariah.

Perkara ini kini telah dipamerkan dalam pada laman Help Center yang sudah diperbaharui oleh mereka Shopee sendiri.

Dalam kemaskini tersebut, pihak mereka telah memberitahu dimana SPayLater kini patuh Syariah. Kaedah pembayaran tersebut kini diperakui sebagai Patuh Syariah oleh Amanie Advisors, firma penasihat Syariah Global dan syarikat penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

SPayLater Shopee Kini Patuh Syariah

Melalui kaedah tersebut, pengguna yang layak dapat membuat pembayaran secara ansuran. Untuk aktifkan SPayLater, anda hanya perlu muat turun aplikasi Shopee dan tawaran akan diberikan secara automatik. Pastikan anda berumur 18 tahun dan ke atas dan mempunyai MyKad yang sah.

Terdapat beberapa ansuran yang ditawarkan iaitu BNPL (bayar sepenuhnya pada bulan berikutnya), ansuran 1 bulan, 2 bulan, sehingga 6 bulan.

Walaubagaimanapun sekiranya pengguna memilih untuk bayaran ansuran bulanan, tetapi juga akan dikenakan caj pemprosesan (processing fee) sebanyak 1.5% sebulan daripada jumlah bayaran keseluruhan.

SPayLater Shopee Kini Patuh Syariah

Sekiranya lewat buat pembayaran, akaun SPayLater anda akan dibekukan dan sekirnya ingin mengaktifkan semula, bayaran dendan RM10 akan dikenakan.

Post a Comment

Previous Post Next Post