Info Dan Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Di Astro Ria (Megadrama)

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Di Astro Ria

Menyusuli Jangan Menangis Cinta, drama Setelah Terlafaznya Akad 2 akan mengisi slot Megadrama bermula 1 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di Astro Ria 104 atau strim di Astro Go.

Drama bersiri 20 episod ini merupakan sambungan daripada musim pertama dan untuk musim kedua ini juga diinspirasikan dari novel Setelah Terlafaznya Akad 2 karya Anna Milia merupakan terbitan Juita Viden Sdn. Bhd., diarahkan oleh Michael Ang, nukilan skrip oleh Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris dan Atilia Azhar.

Ianya menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia dengan mengekalkan gandingan pelakon yang sama untuk watak utama iaitu Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Selain itu, terdapat juga Normah Damanhuri, Talha Harith, Musyi, Hamidah Wahab, Hiera Hasan, Nasz Sally, Seha Monica, Ellyas Abdullah, Adam Shah, Zeera Azizi dan ramai lagi.

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Di Astro Ria

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2

Setelah Terlafaznya Akad 2 mengisahkan tentang rumah tangga Hanan dan Nawal tiga tahun selepas lafaz akad keduanya. Kehidupan mereka menjadi lebih bahagia dengan kedatangan puteri sulung mereka, Qadeeja.

Nawal juga dikejutkan dengan kandungannya yang kedua yang membawa warna pelangi dalam perkahwinan mereka. Namun kebahagiaan ini hanya sementara.

Pertengkaran antara mereka berdua membuatkan Hanan memilih untuk pergi membawa diri. Kehadiran bapa tiri Nawal, Nawab, mengembalikan trauma Nawal di waktu Hanan pula tiada di sisi.

Hanan semakin membenci Nawal akibat perbuatan Ida. Kebencian yang tercetus oleh Hanan kepada isterinya ini rupanya adalah perbuatan Ida yang menggunakan sihir pemisah kepada mereka atas perasaan hasad dengki kepada Nawal.

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Di Astro Ria

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Setelah Terlafaznya Akad 2 bermula 1 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 dan astrogo.astro.com.my

Anda juga boleh tonton secara On Demand di Ultra Box untuk waktu yang lebih fleksibel pada bila-bila masa sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post