Tonton Drama Guard Komando Di TV9 (Slot Diandra)

Drama Guard Komando Di TV9

Menyusuli Ada Apa Dengan Saka, drama komedi Guard Komando akan mengisi slot Diandra bermula 28 Julai 2022, setiap hari Khamis dan Jumaat, pukul 8.30 malam yang akan disiarkan di TV9 dan tayangan secara HD di www.tonton.com.my

Drama bersiri 20 episod ini merupakan terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh MP Roslim Md Sharif dengan nukilan skrip oleh Amin Shakib dan Azmy Ariff.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Shamsul Ghau Ghau, Fendy Bakry, Mark Adam, Jiggy Masin, Dazrin Kamarudin, Ayunie Rizal, Rahhim Omar, Mimi Ernida, Fazlina Ahmad Daud, Rosli Rahman Adam dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Guard Komando

Drama Guard Komando mengisahkan tentang masyarakat sebuah taman perumahan iaitu Taman Kampung Coh yang sedang berhadapan dengan kes kecurian yang tinggi. Pak Kassim (Rahhim Omar), penghulu kampung mengadakan mesyuarat dengan beberapa wakil penduduk untuk mencari jalan penyelesaian segera.

Mereka sudah banyak berusaha selama ini namun semua usaha itu gagal dilaksanakan dengan berkesan. Kini, Pak Kassim menaruh harapan kepada Komando Adnan (Shamsul Ghau Ghau) yang juga diberi gelaran Komandudu yang dipercayai mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah ini.

Komandudu menetapkan syarat bahawa dia akan memilih pasukannya sendiri. Jadi, Komandudu telah berjumpa dengan ketiga-tiga anak lelakinya iaitu Kholid (Fendy Bakry), Mansur (Mark Adam) dan Dollah (Jiggy Masin) untuk bekerja dengannya menjaga sebuah taman.

Pada mulanya, mereka bertiga tidak bersetuju kerana masing-masing mempunyai impian dan cita-cita yang lain. Sayangnya, cita-cita mereka tidak kesampaian. Mereka tidak ada pilihan dan terpaksa menuruti kehendak ayah mereka.

Nama pasukan iaitu Guard Komando juga unik kerana Komandudu mendapat idea dengan menggabungkan nama pangkal anak-anaknya iaitu Ko-Man-Do.

Bermulalah pengembaraan Guard Komando di Taman Kampung Coh. Mereka terus diberikan kepercayaan untuk menyiasat kes kecurian yang berlaku di taman tersebut. Pada masa yang sama, Komandudu juga tegas melatih anak-anaknya tentang asas menjadi pegawai keselamatan.

Kehadiran Guard Komando memberi sinar baharu kepada penduduk Taman Kampung Coh apabila mereka berjaya menyelesaikan pelbagai kes yang berlaku di taman tersebut.

Namun, kehadiran mereka tidak disenangi oleh sekumpulan gangster yang semakin sukar untuk melakukan operasi mengganggu penduduk di situ. Adakah Guard Komando betul-betul berkaliber untuk menjaga keselamatan Taman Kampung Coh?

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan Guard Komando bermula 28 Julai 2022, setiap hari Khamis dan Jumaat, 8.30 malam menerusi slot Diandra di TV9.

Drama Guard Komando Di TV9

Drama Guard Komando Di TV9

Post a Comment

Previous Post Next Post