Tonton Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra (Astro Originals)

Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Menyusuli Histeria The Series, drama siri Astro Originals Murder By Moonlight akan ditayangkan bermula 1 Ogos 2022, setiap hari Isnin, pukul 9.00 malam di saluran Astro Citra atau boleh strim di Astro Go.

Drama bersiri 8 episod yang merupakan idea daripada Mien.ly dan Bani Hamid diterbitkan dengan kerjasama Iron Hill Media Sdn. Bhd. dan Passion Pictures. Ianya juga diarahkan oleh pengerah bersama iaitu Mien.ly, Khairil M. Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. Manakala jalan ceritanya digarap oleh barisan penulis skrip iaitu Honey Ahmad, Hadi M. Nor, Keeta Brennan dan Ashraf Modee Zain.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Sara Ali, Wan Hanafi Su, Riz Amin, Hana Nadira, Radhi Khalid, Ruzana Ibrahim, Thanuja Ananthan, Sharifah Amani, Tiara Anchant, Amanda Ang, Brian Chan, Amir Ameezan dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Murder By Moonlight

Drama siri Murder By Moonlight mengisahkan tentang seorang novelis jenayah dan misteri, Tuan Osman (Wan Hanafi Su) ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil. Bukan itu sahaja, selepas itu ada seorang tetamu lain pula dijumpai mati dibunuh dan mereka mengesyaki ini adalah kes pembunuhan.

Oleh itu, seorang pengurus hotel iaitu Ameera (Sara Ali) menggalas tanggungjawab dan bertindak sebagai detektif wannabe yang mana telah mengesyaki pembunuh itu berada di dalam kalangan mereka iaitu antara dua belas tetamu hotel tersebut.

Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang berada di situ tidak dibenarkan untuk ke mana-mana, mahupun untuk keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari.

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan Murder By Moonlight bermula 1 Ogos 2022, setiap hari Isnin, 9.00 malam menerusi saluran Astro Citra 108.

Tajuk Setiap Episod

  • Episod 1 - We Plan, God Laughs
  • Episod 2 - A Den of Thieves
  • Episod 3 - Revenge, the Best Medicine
  • Episod 4 - Never Trust A Grinning Tiger
  • Episod 5 - The 5%
  • Episod 6 - Truth is Bitter Pill
  • Episod 7 - A Castle Built on Lies
  • Episod 8 - The Detective Within 5 September
Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Post a Comment

Previous Post Next Post