Marvel Perkenalkan Fasa 5 & Fasa 6 Dalam Multiverse Saga

Marvel Perkenalkan Fasa 5 & Fasa 6 Dalam Multiverse Saga

Sebelum ini, Marvel Studios telah melengkapkan Infinity Saga dengan Avengers: Endgame dan kini umum telah ketahui dimana Fasa 4 akan memulakan Multiverse Saga seperti yang diumumkan di Comic-Con 2022.

Dalam acara tersebut, telah diperkenalkan beberapa siri tajuk filem Marvel yang akan ditayangkan di masa akan datang untuk Fasa 5 Dan Fasa 6. Jadi Fasa 4, 5 dan 6 kini boleh digelar sebagai 'The Multiverse Saga'.

Marvel Cinematic Universe (MCU) merancang untuk menamatkan Fasa 6 dengan 2 filem Avengers iaitu sama seperti Fasa 3 yang mana berakhir dengan Avenger: Infinity War dan Avengers: Endgame. Filem tersebut ialah Avengers: The kang Dynasty dan Avengers: Secret Wars.

Fasa 4

Fasa 4 Marvel The Multiverse Saga

Untuk Fasa 4, kita umum telah pun ketahui perjalanan cerita lebih daripada separuh dan kini sudah hampir kepada pengahiran iaitu menerusi siri She Hulk dan Wakanda Forver.

Untuk siri dan filem sebelumnya, anda masih boleh tonton di Disney+ Hotstar. Seperti Ms. Marvel, Loki, Wanda Vision, Doctor Strange in The Multiverse Of Madness dan banyak lagi.

Fasa 5

Fasa 5 Marvel The Multiverse Saga

Untuk Fasa 5, terdapat terdapat beberapa filem Marvel yang mana tayangan awal adalah pada Februari 2023 menerusi filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania sehinggalah Julai 2024 daripada filem Thunderbolts.

Selain itu, terdapat juga, Guardian of The Galaxy Volum 3 (Mei 20223), The Marvels (Julai 2023), Blade (November 2023) dan Captain America The World Order (Mei 2024).

Dalam pada itu terdapat juga tayangan siri Marvel seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu Secret Invasion, Echo, Loki Season 2, Ironheart, Agatha Coven of Chaos dan Daredevil: Born Again

Fasa 6

Fasa 6 Marvel The Multiverse Saga

Kemudian akan diteruskan untuk Fasa 6 iaitu Fantastic 4 pada November 2024, kemudian diikuti dengan Avengers: The Kang Dynasty (Mei 2025) dan Avengers: Secret Wars (November 2025)

'So the new threat to our world after Thanos is Kang'

Post a Comment

Previous Post Next Post