Senarai Harga Produa Alza 2022

Senarai Harga Produa Alza 2022

Produa telah mengumumkan varian terbaru kenderaan MPV mereka iaitu The All-New Alza 2022. Dengan beberapa ciri penambahbaikan dan keselesaan disamping reka bentuk yang baru turut juga diberikan kepada Produa Alza 2022 kali ini.

Ciri Terbaru Produa Alza 2022

Seperti yang dikongsikan antara ciri terbaru yang diperkenalkan menerusi Produa Alza 2022 adalah seperti berikut :

  • Menyediakan ruang yang luas daripada variasi sebelumnya terutamanya bagi bahagian penumpang di barisan ketiga ruangan.
  • Tersedia unit penyaman udara bahagian belakang.
  • Peningkatan kestabilan pemanduan untuk pemandu dan jalan raya Malaysia.
  • Penambahbaikkan Ground Clearance kepada 160mm penilaiannya adalah ketinggian terbaik
  • Potensi kecekapan bahan api PeroduaAlza Serba Baharu juga telah dipertingkatkan sehingga 22KM seliter
  • Mempunyai ruang penyimpanan berkapasiti bagasi sebanyak 137 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipatkan.
  • Didatangkan dengan suit Perodua Smart Drive Assist (PSDA), terbahagi kepada empat kategori iaitu :
    • Bantuan Keselamatan Termaju (ASA)
    • Bantuan Pemandu
    • Bantuan Tempat Letak Kereta
    • Bantuan Lampu Hadapan.
  • Ditambahbaik dengan ciri :
    • Pandangan Panoramik 360⁰
    • Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto
    • Brek Cakera Belakang
    • Mod Pemanduan Baharu: Normal, Eko dan Kuasa.

Ciri Keselamatan Produa Alza 2022

Berikut merupakan antara ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan menerusi Produa Alza 2022 :

  • Terdapat 6 bag udara
  • ABS dengan EBD
  • Kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan bantuan brek dan sensor belakang untuk membantu meletakkan kereta.
  • Mempunyai ciri Advanced Safety Assist” atau ASA dalam semua varian. Ini termasuk;
  • Pre-collision Warning
  • Pre-Collision Assist Brake (untuk kenderaan dan pejalan kaki)
  • Mis-pedal Operational Control
  • Front Departure Alert.
  • Terdapat sistem Lane Departure Warning dan Lane Departure Prevention.
  • Dilengkapi dengan fungsi Leaving Home Headlamp Assist dan Hill-start Assist.

Kereta terbaru Produa Alza 2022

Tanda Harga Produa Alza 2022

Harga Alza 2022 adalah bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000 dengan 3 variasi diperkenalkan : 

  • PeroduaAlza 1.5 X AT – RM 62,000
  • PeroduaAlza 1.5 H AT – RM 68,000
  • PeroduaAlza 1.5 AV AT – RM 75,000

Pilihan Warna Produa Alza 2022

Untuk edisi 2022 ini, terdapat 2 penambahan warna menjadikan 5 pilihan kesemuanya :

  • Ivory White
  • Glittering Silver
  • Garnet Red
  • Elegant Black (Terbaru)
  • Vintage Brown (Terbaru)

Untuk makluman, anda kini boleh buat tempahan menerusi pautan ini www.perodua.com.my/online-booking. Untuk info lanjut, boleh pergi ke ke facebook rasmi Produa.

Post a Comment

Previous Post Next Post